| apa beza etiologi dan punca penyakit | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etiologi membawa maksud kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit. Etiologi juga mempunyai makna, kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. Oleh itu, etiologi lebih cenderung kepada kajian-kajian yang dilakukan untuk mengetahui sesuatu punca atau sebab musabab berlakunya sesuatu misalnya punca berlakunya penyakit. Manakala punca didefinasikan sebagai pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk. Ayat mudah punca lebih kepada sebab berlakunya sesuatu perkara misalnya dalam pertanyaan di atas punca kepada berlakunya penyakit. Berbeza dengan etiologi, etiologi merupakan kajian yang dilakukan untuk mengetahui punca kepada berlakunya penyakit. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Istilah | 25.07.2012 |
| Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih. | Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2011 |
| saya ada melihat teks pengacara utk satu majlis rasmi kerajaan. terdapat perkataan yang diguna iaitu 'CENDERA KENANGAN'. maksud yang ingin disampaikan ialah cenderamata/cenderahati. Adakah perkataan tersebut boleh digunakan? saya sendiri telah menggunakannya dalam satu majlis memandangkan ia kelihatan menarik. bagaimanapun, apabila saya semak perkataan tersebut di laman ini, ia tiada dalam kamus. | Kata "cendera" itu sahaja bermaksud "lena". Sebab itu timbulnya kata "cenderamata" bermaksud "lena mata". Namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. Kalau hendak diterjemahkan menjadi "lena hati". Maksudnya apabila kita menerima sesuatu pemberian, hati menjadi suka/tenang dan diterjemahkan dengan "lena" atau "cendera". Ada juga yang menggabungkannya dengan kata "durja" yang bermaksud "wajah". Kalau cendera kenangan. "Lena kenangan". Bagi saya gabungan ini tidak sesuai. Bagaimana dengan saudara? | Istilah | 02.01.2009 |
| Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan @ Sifat penyayang diberikan perhatian paling utama ? (2) “The Great Learning” (buku klasik konfusianisme tentang pemupukan nilai-nilai murni dsb) : Pengajian Agung @ Pengajian Besar @ Pembelajaran Agung? (3) A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept : penjelmaan konkrit/kukuh konsep ahli falsafah China purba ? (4) A single remark makes a country prosper: Satu komen/teguran/sebuah ungkapan dapat membantu sesebuah negara berkembang maju ? (5) Influence others without preaching: Mempengaruhi orang lain tanpa bersyarah tentang ajaran? (memandangkan ‘berkhutbah’(preaching) hanya boleh digunakan dalam konteks agama Islam, bolehkah ‘preaching’ dalam ayat tersebut diterjemahkan menjadi “bersyarah tentang ajaran”? (6) has a complete image of the bamboo in his mind: wujudnya@timbulnya imejan yang lengkap tentang buluh dalam kepalanya@ fikirannya@ mindanya? (7) Parallel style: gaya sejajar @ selari (dalam konteks kesusasteraan) (8) Convey the spirit: menyebarkan semangat? Terima kasih. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk frasa yang dinyatakan: 1. Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan 2. The Great Learning: Pengajian Agung/Pembelajaran Agung 3. A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept: Penjelmaan kukuh konsep ahli falsafah China purba 4. A single remark makes a country prosper: Satu teguran kecil mampu mengubah kekayaan negara 5. Influence others without preaching: Mempengaruhi tanpa perlu berkata-kata 6. has a complete image of the bamboo in his mind: seseorang yang mempunyai strategi awal yang jelas dalam fikirannya Frasa ini merupakan simpulan bahasa (idiom). 7. Parallel style: Gaya sejajar/selari 8. Convey the spirit: Memberikan semangat Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 13.10.2021 |
| Salam sejahtera, perkara yang ingin saya sentuh di sini hanya berkaitan dengan contoh yang diberikan oleh pihak tuan berhubung imbuhan 'ter-' yang bergabung dengan kata kerja 'duduk' menjadi 'terduduk',Penjelasan tentang perkara itu saya memang jelas dan faham bahawa imbuhan 'teR-' juga merupakan salah satu imbuhan untuk Kata kerja yang salah satunya membawa makna 'dalam keadaan tersedia'. Cuma beza antara 'terduduk' dengan 'terdesak' ialah 'terduduk' tidak boleh didahului atau didiikuti oleh kata penguat sedangkan 'terdesak' boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Oleh yang demikian, saya merumuskan bahawa 'terdesak' dan 'terduduk' terdiri daripada dua golongan kata yang berbeza walaupun kedua-dua kata dasar ini ialah kata kerja (desak dan duduk), iaitu 'terdesak' ialah kata adjektif manakala 'terduduk' ialah kata kerja. Rumusan yang saya buat ini mungkin kurang tepat dan jika ada kesalahan, saya berharap pihak tuan boleh memperbetul kesalahan tersebut. Oleh sebab itulah timbulnya persoalan saya tentang kata penguat yang merujuk kepada darjah penghabisan paling dan sekali yang boleh hadir bersama- sama perkataan terdesak, contohnya 'Dalam keadaan paling terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram). | Dalam hal ini kita perlu melihat kepada kelas kata tersebut, duduk dan desak ialah kata kerja. Sedangkan darjah penghabisan mengungkapkan penggunaan kata adjektif melalui cara-cara yang dinyatakan. Tidak ada contoh penggunaan paling terdesak/sangat terdesak dalam pangkalan data kami. Penggunaan tersebut tidak gramatis dan mungkin banyak digunakan dalam bahasa Percakapan. Ayat yang betul ialah dalam keadaan terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram. | Tatabahasa | 30.01.2013 |