Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.pa] | تيمڤا

Definisi : bertimpa-timpa = timpa-bertimpa 1. bertindih-tindih atau bersusun-susun banyak-banyak; 2. berturut-turut datangnya (berlakunya): penyakit pun ~lah datang; mendapat keuntungan dan kemujuran timpa-bertimpa; menimpa 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn se-suatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; menimpai menimpa pd: titik-titik embun ~ daun; besarlah kerugian yg akan ~ mereka; menimpakan 1. menjatuhkan sesuatu supaya menindih (menghempap) sesuatu, menjadi-kan menimpa; 2. mempertang­gungkan (me-ngenakan, memikulkan) sesuatu yg tidak menyenangkan (hukuman, kesalahan, dll): begitu berat hukuman yg ditimpakan pada-nya; 3. Jk mengenakan (pukulan, tetakan): ia ~ parangnya pd bahu pencuri itu; tertimpa 1. ditimpa (oleh), tertanggung (ter-beban, terkena) sesuatu yg menyukarkan (spt penyakit, kemalangan, dll): setelah ia besar tanggungjawab mengurus hal-hal keluarga-nya ~ di atas dirinya; badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit tersebut; 2. = ketimpaan Jk terpukul, dicuri, dirompak; timpaan 1. tindihan, himpitan (yg kuat): perkara yg aku tanggung ini lebih berat drpd ~ sebuah gunung; 2. beban atau tanggungan (yg menyukarkan); 3. Jk (barang) curian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.pa] | تيمڤا

Definisi : ; bertimpa-timpa bersusun atau bertindih banyak-banyak; berturut-turut berlakunya: ~ suratnya datang. Kesusahan yg datang ~. menimpa 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. menimpakan 1 menjatuhkan supaya menindih atau menghempap sesuatu; menghempapkan. 2 menye­babkan seseorang memikul beban, tanggungjawab dll; mengenakan hu­kuman dll (kpd): Segala kesalahan itu ditimpakannya kpd temannya. tertim­pa ditimpa oleh; tertanggung atau ter­kena sesuatu yg kurang baik (spt penyakit, hukuman). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi ke bukit,
     Carikan saya buah pulasan;
Mata memandang apa nak sakit,
     Bahu yang memikul timpa perasan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Permaisuri raja berurap-urapan,
     lipas di dinding timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KemalanganPertanyaan saudara tidak jelas. Jika yang dimaksukan ialah definisi kemalangan, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kemalangan ditakrifkan sebagai 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). Istilah18.02.2009
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'isteri dan permaisuri'' terima kasih..Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna isteri ialah perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini. Permaisuri ialah isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya.Makna17.04.2010

Kembali ke atas