pantai Timur betul atau pantai timur? cth negeri2 pantai timur/Timur? budaya timur betul taua budaya Timur?? | Jika merujuk pada negeri-negeri pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu, maka T ditulis dengan huruf besar. Begitu juga jika merujuk pada kata nama khas seperti budaya Timur, iaitu budaya daripada negara-negara Timur seperti China dan Jepun, T ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 30.01.2009 |
Antara budaya timur, budaya Timur, dan Budaya Timur, yang mana satu betul? Terima kasih. | budaya Timur, iaitu budaya daripada negara-negara Timur seperti China dan Jepun, T ditulis dengan huruf besar | Tatabahasa | 25.10.2012 |
m r dpur timur selera timur, selera kita | Pertanyaan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 24.01.2012 |
Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih. | Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut: 1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung. 2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi. Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini. Bagi ayat 1,2 dan 3 di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur) Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis. | Ejaan | 16.01.2018 |
Salam, perlukah contoh perkataan di bawah menggunakan huruf besar? 1) Tamadun China atau tamadun China 2) Orang India atau orang India 3) Negara Timur Tengah atau negara Timur Tengah dan seumpamanya Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah tamadun China, orang India dan negara Timur Tengah. | Ejaan | 13.12.2011 |
Tolong betulkan ayat ini. Orang Belanda Hitam adalah para rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda yang bertugas di Hindia Timur Belanda. | Orang Belanda Hitam ialah rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda dan bertugas di Hindia Timur Belanda. | Tatabahasa | 22.10.2014 |
berikan satu sinopsis bagi keseluruhan bab dalam novel Aku Anak Timur. | Saudara boleh merujuk buku ini : 1. Penghayatan novel aku anak timur oleh Mahaya Yassin terbitan DBP : 2001 | Lain-lain | 13.03.2008 |
Apakah ada cawangan DBP di Machang? | Untuk makluman puan, pejabat cawangan DBP di Wilayah Timur ialah di Kota Bharu, Kelantan. Puan boleh berhubung dengan pejabat DBP Wilayah Timur berdasarkan maklumat yang berikut: Alamat: Lot 107 - 109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Telefon: 09 - 7475 656 Faks: 09 - 7475 252 | Lain-lain | 03.07.2011 |
salam, saya nak tanya pendapat cik/puan/tuan mengenai kempen budi bahasa dalam melestarikan budaya timur. Apakah pendapat cik /puan berdasarkan penyataan tu, adakah adakah budi bahasa tu boleh mengekalkan budaya timur? terima kasih. | Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Lain-lain | 03.03.2009 |
saya ingin mengetahui alamat dan peta tempat DBP wilayah timur. saya ingin membeli kamus perrtuturan loghat kelantan tulisan abdullah al-qari bin haji salleh. saya saya mendapat petunjuk dan jalan daripada pihak tuan/puan. assalamualaikum... | Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Lot 107-109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7414900. | Lain-lain | 09.09.2009 |