Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih. | Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut: 1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung. 2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi. Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini. Bagi ayat 1,2 dan 3 di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur) Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis. | Ejaan | 16.01.2018 |
Salam, perlukah contoh perkataan di bawah menggunakan huruf besar? 1) Tamadun China atau tamadun China 2) Orang India atau orang India 3) Negara Timur Tengah atau negara Timur Tengah dan seumpamanya Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah tamadun China, orang India dan negara Timur Tengah. | Ejaan | 13.12.2011 |
berikan contoh negara-negara yang berjaya dalam bidang ekonomi dunia... | Sila rujuk bahan ini : 1. Asia Timur : Pusat Pertumbuhan Ekonomi Dunia oleh Abibullah Hj. Samsudin. DBP : 2000 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">Asia Timur: pusat pertumbuhan baru ekonomi dunia | 1&Kata=Abibullah Hj Samsudin">Abibullah Hj Samsudin | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000 | | Lain-lain | 11.03.2008 |
berikan satu sinopsis bagi keseluruhan bab dalam novel Aku Anak Timur. | Saudara boleh merujuk buku ini : 1. Penghayatan novel aku anak timur oleh Mahaya Yassin terbitan DBP : 2001 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">Penghayatan novel aku anak timur | 1&Kata=Mahaya Mohd. Yassin">Mahaya Mohd. Yassin | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2001 | | Lain-lain | 13.03.2008 |
Seperti berkepil. | 1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari. | Makna | 27.12.2006 |
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul. | Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan. | Tatabahasa | 09.12.2008 |
1. jelaskan perbezaan penggunaan 'dari' dan 'daripada' | 'Dari' digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. 'Daripada' menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu. | Istilah | 07.08.2014 |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
KILANG PEMPROSESAN MAKANAN DAN MINUMAN | 1. Betulkan kepada KILANG MAKANAN DAN MINUMAM. 2. Untuk pengesahan iklan sila daftar iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 22.01.2018 |
apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran? | Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.06.2010 |