Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang betul? a. Sekeluarga Tina bercuti ke Tanah Tinggi Cameron. b. Tina sekeluarga bercuti ke Tanah Tinggi Cameron. Tina sekeluarga ATAU sekeluarga Tina, yang mana satukah betul? | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah Tina sekeluarga bercuti ke Tanah Tinggi Cameron. Tuan/puan juga boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang bahasa Melayu. Sekian. | Pengembangan | 25.02.2020 |
Tina Kartina Jul 9th, 1:33pm Salam boleh tanya apa beza penggunaan tentang dan terhadap | Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama "terhadap" digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. | Tatabahasa | 09.07.2014 |
Tina Tham 3.32 PTG Tina Tham Saya mohon pertolongan dan jasabaik DBP untuk perjemahan daripada bahasa Inggeris Bahasa Malaysia untuk perkataan di bawah: Metfarm(meteorological farm) Tina | Mohon pihak tuan/puan berikan contoh penggunaan dalam ayat dan konteks penggunaan perkataan tersebut bagi memudahkan kami mencari padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.10.2017 |
Terlebih dahulu saya pohon maaf jika mengganggu pihak tuan. Saya adalah penulis buku yang berjudul Tina Dengan Ratu Semut. Saya ingin bertanya kepada pihak tuan tentang status buku Tina Dengan Ratu Semut di mana apabila saya membuat semakan dalam sistem Pejabat Maya DBP saya mendapati nama penulis telah ditukar kepada Puan Ros Azirai Binti Muhammad. Justeru saya ingin bertanya adakah terdapat sebarang perubahan kerana setakat hari ini saya tidak mendapat apa-apa berita mengenainya. Untuk makluman pihak tuan saya telah menandatangani kontrak pernerbitan dengan pihak tuan. Saya sangat berharap agar mendapat maklum balas secepat mungkin daripada pihak tuan. | Wksalam Puan Normie. Pihak kami ambil maklum tentang perkara ini. Untuk makluman puan, hal yang demikian berlaku atas kesilapan teknikal (dari segi pemasukan data penulis/manuskrip). Bahagian Sistem Maklumat DBP telah pun membuat pembetulan dan pihak kami memohon maaf atas kesilapan tersebut. Dari segi status, manuskrip ini telah diserahkan ke Bahagian Pengeluaran untuk urusan pracetak dan percetakan pada awal tahun ini. Sebarang perkembangan tentang manuskrip ini, sila hubungi editor Pn. Azihani di talian 03-21479293 atau melalui e-mel azihani@dbp.gov.my Terima kasih. Ketua Editor (BKR) | Lain-lain | 20.06.2016 |
tuan mukanya tiba-tina berubah menjadi merah padam apabila tembelangnya diketahui orang. (tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ) | Merah padam biasanya dikaitkan dengan warna muka ketika marah, sedangkan situasi ayat tersebut tidak menunjukkan rasa marah. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Tuan, saya selalu keliru dengan kata dari/daripada, seperti dalam ayat berikut yang manakah betul? (1)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARI mulut Adi tanpa disedarinya. (2)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARIPADA mulut Adi tanpa disedarinya. (3)Dia mahu mendengar sendiri DARI mulut Tina. (4)Dia mahu mendengar sendiri DARIPADA mulut Tina. (5)“Madihah…! Madihah…!” Panggilan DARI mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (6)“Madihah…! Madihah…!” Panggilan DARIPADA mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (7)"Kalau berubah bukan DARI hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah.” (9)"Kalau berubah bukan DARIPADA hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah.” (10)Berubah DARI perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (11)Berubah DARIPADA perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (12)Azeera duduk tidak jauh DARI mereka. (13)Azeera duduk tidak jauh DARIPADA mereka. (14)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARI hati yang ikhlas." (15)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARIPADA hati yang ikhlas." (16)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DALAM mimpinya. (17)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DI DALAM mimpinya. Terima kasih. | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan “Madihah, Madihah!” Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. | Tatabahasa | 19.05.2012 |
Saya nak tanya perbezaan antara "dari" dan "daripada". Kalau boleh sertakan contoh skali. Terima kasih. | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Tuan, "dari badannya" atau "daripada badannya" betul? Ayat penuh: Kepala perempuan itu tertanggal dari badannya sebelum jatuh bergolek ke lantai. Minta sertakan penjelasan selain jawapan. (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 17, terbitan Syarikat Pelangi) | Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. Frasa yang betul ialah ...daripada badan. | Tatabahasa | 20.03.2015 |