Perkataan mendakan atau mendapan yang mana lebih sesuai untuk ayat ini "Mendapan/mendakan yang berwarna kuning terdapat di dalam saluran vesel kayu geronggang". Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan, istilah mendapan dan mendakan mempunyai persamaan iaitu sesuatu yang turun ke bawah dan berlonggok di dasar (berkaitan lumpur, pasir dan lain-lain). Cuma ciri mendakan yang dinyatakan, iaitu pepejal yang tidak larut yang terhasil dalam sesuatu tindak balas kimia (yang berlangsung dalam larutan) tidak dinyatakan dalam entri mendapan. Kami mencadangkan perkataan mendapan kerana dalam pangkalan data DBP perkataan mendapan digunakan secara meluas dalam istilah perhutanan, geografi dan pertanian berbanding perkataan mendakan yang lebih meluas dalam istilah kejuruteraan. | Istilah | 01.12.2014 |
Salam..mohon pandangan tuan, ayat manakah lebih sesuai bagi: "Ejen Hartanah" , "Ajen Hartanah" atau"Agen Hartanah" | Ejaan yang betul ialah Ejen Hartanah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ejen bermaksud 1. orang (syarikat dsb) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual. Contohnya, 'barang-barang gudang kalau dibeli daripada ejennya tentu lebih murah' 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll). Contohnya, 'beberapa orang ejen musuh.' Agen pula bermaksud sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dsb). Contohnya, agen pendebungaan; agen kimia | Ejaan | 20.01.2012 |