Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.di/] | تينديق

Definisi : bertindik berlubang atau sudah dibuat lubang halus pd sesuatu bahagian tubuh spt telinga dan hidung (supaya boleh dipakaikan anting-anting dsb); ~ telinga istiadat melu­bangi cuping telinga;menindik melubangi (mencucuk) sesuatu bahagian tubuh spt telinga dan hidung: supaya dapat memakai subang, telinga hendaklah ditindik; menindikkan membuat supaya seseorang bertindik: terdapat kedua-dua istiadat ter-sebut, iaitu menyucikan Raja Ahmad dan ~ dua orang puteri baginda Sultan Mansur Shah; penindikan perihal atau perbuatan menin­dik: ~ cuping telinga anak perempuannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.di/] | تينديق

Definisi : lubang yg dibuat pd cuping telinga, pd hidung dsb: Ada ~ pd hidung­nya. bertindik berlubang pd cuping telinga, pd hidung dsb. menindik membuat lubang pd cuping telinga, pd hidung dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindik
Kata Terbitan : bertindik, menindik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana penggunaan imbuhan ber- ke atas kata kerja membawa perubahan apa kepada makna asal kata dasar tersebut? dan mengapa perlu menggunakan imbuhan ber- ke atas kata kerja? contoh seperti kata dasar kata kerja: tindik, tari, mandi Contohnya: Lari ialah sejenis kata kerja. Bagaimana imbuhan ber- membawa pengaruh kepada maksudnya? Contoh ayat: Dia lari sekuat-kuat hati kerana dikejar anjing. Dia berlari sekuat-kuat hati kerana dikejar anjing.Awalan beR- diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 161 - 170: Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Namun begitu, terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu. Perbincangan tentang aspek makna pada perkataan yang berwalan beR- akan dibuat mengikut jenis golongan kata bagi kata dasar yang bergabung dengannya, iaitu sama ada kata kerja, kata nama atau kata adjektif. Contohnya, beR- yang memberi makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar, tukar - bertukar, pekerja itu sudah bertukar ke Ipoh. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman berkenaan.Tatabahasa06.11.2014

Kembali ke atas