| Ejaan mana yang betul? Permainan tradisional ting-ting atau teng-teng? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, yang tepat ialah ketingting yakni sj permainan lompat-lompat (oleh kanak-kanak), tingting, ciak tinting. Permainan tradisional ketingting. | Ejaan | 17.08.2012 |
| Ting Sin Mee Jul 31st, 4:57pm Apakah beza pernggunaan perkataan "disemadikan" dan dikebumikan"? | Perkataan disemadikan dan dikebumikan, kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu bertujuan untuk menguburkan jenazah/mayat yang telah meninggal dunia. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Istilah | 31.07.2015 |
| Mee Wee Ting SEL 9.19 PTG Maaf, sy ingin tnya, klu untuk mengucap selamat, selepas pukul 7pm disebut selamat petang ataupun selamat malam? | Terima kasih. Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. Harap maklum dan terima kasih. | Istilah | 23.05.2017 |
| Tolong cek pesanan saya pada 3 mac 2015 bernombor rujukan 1586 atas nama Lim Pui Ting, tempahan dibuat secara online. Tolong balas email saya atau hubungi saya. Terims kasih Lim Pui Ting HP no. 0168307138 | Untuk urusan tempahan tempat/dewan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pentadbiran Am, DBP di talian 03-21479095/9409/9080. | Lain-lain | 18.03.2015 |
| Saya memerlukan maklumat atau biodata diri tentang seorang penulis skrip yang dikenali sebagai Dr Ting Len Siong . Adakah pihak DBP menyimpan data maklumat tentang penulis skrip tersebut ? Dan bagaimana saya dapat berhubung dengan beliau ? | Harap maaf kerana maklumat tentang Dr. Ting Len Siong tidak ada dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 12.05.2013 |
| rujuk 1. buku teks pendidikan islam ting.1, terbitan dbp 2. carian di http://prpm.dbp.gov.my/ ejaan jawi bagi supaya, budaya dan daya mengekalkan alif terakhir dalam sukukata kvkv. ini bertentangan dengan hukum darlung. mohon penjelasan. terima kasih | Ejaan supaya (سوڤايا) dan budaya (بودايا) ialah kekecualian Hukum Darlung bagi membezakannya dengan ejaan supai dan budai. | Ejaan | 25.04.2019 |
| dalam antologi dirgahayu bahasaku teks komsas ting 5, ada sajak yg bernama kecek(v), apakah maksud sebenar kecek dalam sajak itu? adakah ia merujuk kepada celoteh atau merujuk kepada tipu perdaya? | Salam sejahtera, Menurut kamus Dewan edisi keempat halaman 698, kecek bermaksud coleteh atau tipu tetapi bagi maksud untuk memahami sajak Kecek oleh Awang Abdullah dalam buku Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5, saya syorkan tuan/puan merujuk guru di sekolah untuk mengetahui maksud kecek dalam konteks sajak tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.03.2011 |
| saya ingin tahu jodol novel2 tingkatan satu hingga ting 5 yg digunakan dlm subjek kesusasteraan melayu . bagaimana nak download naskah novel2 tersebut? | Untuk makluman sdr., judul-judul novel baru (KOMSAS) masih lagi dalam proses penerbitan. Pihak Khidmat Nasihat Sastera (KNS)tidak dapat menyediakan judul-judul novel tersebut atas beberapa faktor. Karya-karya tersebut tidak tersedia bahan untuk dimuat turun. Silalah semak dengan pihak Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian, terima kasih dan wassalam. | Lain-lain | 19.10.2009 |
| slm, adakh ayat ni btl? 1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia yang telah kerajaan berikan sekali gus meringankan keluarga"kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik. 2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya. ii. Perdana Menteri Msia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Abdul Razak. iii. " Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa"kata Ana. iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Terima kasih. | 1. "Saya berasa gembira atas pemberian Baucar Buku 1Malaysia oleh kerajaan sekali gus meringankan keluarga," kata Isma pelajar Ting Enam Cerdik. 2. i. Cikgu Nana amat sayang akan kucing peliharaannya. ii. Perdana Menteri Malaysia yang keenam ialah Dato Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. iii. "Sudah dua jam setengah saya menunggu Yuna dan Najwa," kata Ana. iv. Antara mata pelajaran yang digemari oleh Ain termasuklah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
| apakah maksud kata 'meragau' dan bermain acilut' (ms 100) antologi harga remaja, teks komsas Ting.4? tq | Perkataan "meragau" tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah "menggagau" iaitu meraba-raba dalam gelap atau mencari sesuatu dengan meraba-raba, manakala bermain aci lut bermaksud main sembunyi, iaitu sejenis permainan budak-budak atau cekup puyuh. | Makna | 09.02.2010 |