Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan dan penerangan tentang Ground Floor dan Basement dalam bahasa melayu? Ground floor sebenarnya tingkat berapa? Selepas Ground floor tingkat 1 atau 2? Bagaimana pula dengan basement?

Perkataan ground floor bermaksud bahagian bangunan yang separas dengan tanah. Perkataan basement pula merujuk bahagian bangunan paling bawah yang sebahagiannya atau keseluruhannya terletak di bawah tanah atau tingkat bawah tanah.

Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 2002),  halaman 95 dan 524.
Makna02.08.2024
Assalammualaikum wbrt. Saya Roshafezal Bin Rosaland, boleh panghil saya Faizal. Saya merupakan seorang ejen hartanah.
Baiklah soalan saya apakah definisi tingkat 2 yang sebenar dan sebetulnya? Ada yang berpendapat tingkat satu bermula dari aras pertama, kemudian barulah tingkat 2, ada pula yang menyatakan tingkat 2 adalah aras ketiga selepas aras pertama dan kedua.
Dalam bahasa inggeriskan ada istilah Ground Floor maka tingkat satu adalah selepas Ground Floor iaitu aras ke 2.
Berbeza pula jika kita nyatakan rumah teres 1 tingkat, rumah teres 2 tingkat. Tiada pula wujud masalah kerana tiada penggunaan Ground Floor di situ. Dalam bahasa inggeris panggil Single Storey untuk rumah 1 tingkat dan Double Story untuk rumah 2 tingkat.
Boleh Tuan/Puan bantu beri penjelasan dan war-warkan supaya masyarakat tidak keliru lagi dan tidak wujud salah faham dan ada rujukan yang boleh kita rujuk.
Maaf jika rujukan tersebut sudah wujud tapi saya tidak jumpa menerusi carian Google.
Terima kasih atas perhatian.
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.Wassalam
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2376, perkataan tingkat bermaksud susunan atau lapisan bangunan, mangkuk, tanah dan lain-lain yang bertindih-tindih atau terletak satu di atas satu yang lain atau; dasar atau lantai di sesuatu ruang bangunan, kompleks beli-belah, hotel dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan. Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya.Makna28.03.2024
Assalamualaikum. Saya, Hanis Nabila Binti Amir Husaini @ Mahadi, bekas pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi, SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang. SPM 2013, dan alhamdulillah berjaya mendapat 6A ; Bahasa Melayu A Bahasa Inggeris A Bahasa Arab A- Saya berminat sangat untuk menjadi seorang penterjemah bahasa tetapi tidak tahu bagaimana halatuju untuk mencapai cita-cita saya ni. Saya amatlah berbesar hati jika pihak tuan dapat membantu. Terima kasihTerima kasih kepada anda yang menjadikan DBP sebagai sahabat di hujung jari. Buat pengetahuan saudara DBP tidak lagi mengadakan kursus tersebut. Semua kursus tersebut dilaksanakan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ITBM. Selain daripada itu saudara juga boleh terus menghubungi pada maklumat berikut :Alamat: Persatuan Penterjemah Malaysia 171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur. Tel.: 03-9226 2506 Faks: 03-2142 4381 Facebook: Persatuan Penterjemah E-mel: terjemah1@gmail.com Laman web: http://www.ppm-mta.com/Lain-lain26.03.2014
Salam, ayat yang manakah yang betul? 1) Harga rumah teres 2 tingkat daripada RM400,000 2) Harga rumah teres 2 tingkat dari RM400,000Ayat yang betul ialah “Harga rumah teres 2 tingkat bermula daripada RM400,000.00.”Tatabahasa03.04.2023
Terjemahan untuk: 1. Lower Ground Floor 2. Ground Floor Terima kasih.1. ground floor- tingkat bawah  2. lower ground floor- tingkat bawah bahagian bawahPenyemakan dan penterjemahan25.04.2008
Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasihKami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki.Istilah12.11.2013
Pihak kami (Jabatan Perancang Bandar DBKL) menerima permohonan penamaan bangunan 1 blok kedai / pejabat 8 tingkat (Blok C5) di atas 7 tingkat basemen tempat letak kereta termasuk ruang perniagaan di atas lot PT. 17439, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Nama yang dicadangkan oleh pemaju ialah "PUBLIKA". Diharap pihak DBP dapat memberikan ulasan / maklumbalas mengenai nama bangunan yang dicadangkan.Tidak ada kata masukan Publika dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mencadangkan penamaan premis menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang secara tidak langsung memperkasakan bahasa kebangsaan di tempat awam. Sila rujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna22.03.2010
1. Tolong senaraikan jenis kata bilangan. 2. Adakah kata bilangan tingkat merupakan satu jenis kata bilangan?Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
a) kata bilangan menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Tidak ada kata bilangan tingkat, termasuk dalam kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Tatabahasa03.04.2013
1. N atau n yang betul dalam Negeri/negeri China ? 2.Mengikut teori, kata adjektif sahaja akan menerima imbuhan memper......Tetapi mengapa kata 'tingkat' (Kata nama/ bukan kata adjektif)menerima imbuhan memper dan bukannya memper.....kan. Tolong jelaskan. Terima kasih.

1. Merujuk Republik Rakyat China, istilah yang perlu digunakan ialah Negara China, bukan Negeri/negeri China.  

2. Perkataan 'tingkat' tergolong dalam kata  kerja, bukan kata nama atau kata adjektif.

Ejaan27.03.2009
1) Wadah manakah yang sesuai bagi saya menghantar karya saya seperti cerpen atau sajak yang bertemakan remaja dan kanak-kanak? 2) Bagaimana caranya atau syarat-syarat untuk saya menghantar hasil tulisan saya.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Kami amat berbesar hati atas minat puan untuk menghantar karya bertemakan kanak-kanak dan remaja. Sekiranya karya tersebut berupa novel atau koleksi cerpen, puan boleh menghantarnya ke Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA), Tingkat 21, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Sekiranya karya puan dalam bentuk sebuah cerpen atau sajak, maka puan boleh menghantarnya ke DBP untuk disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa atau Tunas Cipta mengikut kesesuaian. Sekiranya puan berhajat untuk menghantar kepada penerbit selaian DBP, puan boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak editorial majalah seperti Bintang Kecil, Anis dan sebagainya.

2. Untuk mengetahui tentang cara atau syarat-syarat menghantar karya tersebut, sila hubungi alamat seperti yang tertera di bawah, iaitu bagi penerbitan DBP:

Editor Tunas Cipta, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Editor Dewan Siswa, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Editor Dewan Pelajar, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 

Lain-lain08.07.2010
123456

Kembali ke atas