Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kat.ting.kat] | تيڠکت٢

Definisi : Mn pemijak kaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DEFINASI PENCEGAHAN JENAYAH DAN DEFINASI PERUMAHAN BERTINGKATPerbuatan jenayah bermaksud hal yang berkaitan dengan perbuatan menegah daripada berlakunya jenayah, manakala perumahan bertingkat dalam konteks umum merujuk kepada tingkat-tingkat yang terdapat dalam projek perumahan yang dibangunkan. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk kepada pihak perbandaran jika hal ini berkaitan dengan sesuatu projek khusus yang dibangunkan oleh pihak tertentu. Makna26.10.2010
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "floor level" yang sesuai adalah "tingkat aras" atau "tingkat bawah"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Tuan,

Untuk makluman, terjemahan bagi perkataan"floor level" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, mengikut istilah DBP, perkataan one-floor level diterjemahkan kepada aras satu tingkat.
Penyemakan dan penterjemahan05.06.2019
Pihak kami (Jabatan Perancang Bandar DBKL) menerima permohonan penamaan bangunan 1 blok kedai / pejabat 8 tingkat (Blok C5) di atas 7 tingkat basemen tempat letak kereta termasuk ruang perniagaan di atas lot PT. 17439, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Nama yang dicadangkan oleh pemaju ialah "PUBLIKA". Diharap pihak DBP dapat memberikan ulasan / maklumbalas mengenai nama bangunan yang dicadangkan.Tidak ada kata masukan Publika dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mencadangkan penamaan premis menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang secara tidak langsung memperkasakan bahasa kebangsaan di tempat awam. Sila rujuk buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna22.03.2010
Terjemahan untuk: 1. Lower Ground Floor 2. Ground Floor Terima kasih.1. ground floor- tingkat bawah  2. lower ground floor- tingkat bawah bahagian bawahPenyemakan dan penterjemahan25.04.2008
Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasihKami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki.Istilah12.11.2013
permohonan semakan cadangan nama skim pembangunan mengandungi sebuah hotel (122 bilik) dan kemudahan hotel serta 12 unit kedai 2 tingkat dan 4 unit kedai 3 tingkat di atas lot 3543 Sungai Siput U, perak. Pemaju adalah Kumpulan MH Sdn. Bhd. Cadangan nama skim yang diberikan adalah MH SENTRAL, dengan mengambilkira nama syarikat iaitu MH. Dimaklumkan pembangunan terletak di pinggir jalan besar dan berhampiran dengan Pekan Sungai Siput U. Sehubungan dengan itu mohon ulasan dan pandangan terhadap cadangan nama skim iatu MH SENTRAL. Sekian, Terima Kasih MOHD NORULAMIN BIN AHMADMengikut struktur bahasa Melayu, penamaan yang betul ialah Sentral MH, bukan MH Sntral. Untuk pengesahan iklan dan penamaan bangunan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain02.07.2012
Tuan, soal tentang bentuk yang betul antara "muka surat 159" atau "muka surat ke-159" dengan "tingkat sembilan" atau "tingkatan kesembilan" telah saya isikan dalam WordPad. Mohon tuan mendalilkan soal ini. Terima kasih tuan.Penggunaan yang betul ialah muka surat 159 dan tingkat sembilan.Tatabahasa19.11.2016
BAGAIMANAKAH PENGUNAAN ANDA?. BOLEHKAH DIGUNAKAN SECARA LANGSUNG DALAM MAJLIS YANG RAMAI ATAU DALAM IKLAN ATAU BERTULIS SAHAJA?Anda ialah kata ganti nama diri kedua yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur.  Dalam majlis, perkataan anda jarang-jarang dugunakan kerana hadirin terdiri daripada pelbagai traf, tingkat dan umur yang melibatkan kesantunan berbahasa.  Walau bagaimanapun, perkataan anda kerap digunakan dalam iklan.Lain-lain24.07.2012
1. Tolong senaraikan jenis kata bilangan. 2. Adakah kata bilangan tingkat merupakan satu jenis kata bilangan?Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
a) kata bilangan menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Tidak ada kata bilangan tingkat, termasuk dalam kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Tatabahasa03.04.2013
lower groundtingkat bawahIstilah25.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas