Maksud Tintarona (dijumpai dalam laman web Utusan Publication). Telah mencari pada kamus dewan. Tiada entri dijumpai | Tintarona sepatutnya dieja dalam dua perkataan, tinta dan rona. Tinta membawa maksud dakwat Manakala rona merupakan dialek negeri Kedah yg membawa maksud warna. Kesimpulannya, tinta rona membawa maksud warna dakwat dalam bahasa standardnya. T.kasih. | Makna | 14.07.2008 |
kata lain bagi tinta, pena, minda | Nur Kamarina, tinta - dakwat, Pena - pen dan minda - akal fikiran | Makna | 17.03.2010 |
Adakah frasa 'tinta azimat' yang sepatutnya bermaksud kata-kata hikmat, wujud? | Menurut Kamus Dewan “tinta” bermaksud dakwat dan “azimat” bermaksud bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas dan sebagainya. Manakala, “hikmat” pula merujuk kepada erti atau maksud yang dalam. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan bahawa “tinta azimat” merupakan hasil tulisan seseorang pada kertas atau medium lain berkenaan apa-apa sahaja yang ingin disampaikan, sebaliknya “kata hikmah” merupakan kata-kata atau perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Walau bagaimanapun, dalam penulisan rasmi penggunaan frasa "tinta azimat" tidak wujud. | Makna | 05.05.2020 |
As-salam Tuan/puan, 2. Saya dari Perpustakaan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) bercadang mewujudkan satu sudut untuk menempatkan koleksi buku-buku atau apa sahaja bahan tulisan YB Menteri. Berikut adalah cadangan untuk menamakan sudut tersebut: i. Tinta Menteri ii. Karya Menteri iii. Bingkisan Menteri 3. Sehubungan itu, saya ingin mohon penjelasan penggunaan istilah yang sesuai yang boleh digunakan untuk menamakan sudut tersebut. 4. Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan mengenai perkara tersebut. | Nama yang sesuai digunakan ialah Tinta Menteri atau Karya Menteri. | Lain-lain | 09.09.2016 |
Slm sejahtera.. saya ingin mendapatkan pendapat DBP bagi cadangan untuk anugerah seni..Saya diminta untuk mencari nama yang sesuai bagi satu anugerah iaitu anugerah untuk pelajar yang aktif dalam bahagian seni..saya mohon cadangan nama yang sesuai bagi nama anugerah tersebut.. Terima Kasih | Cadangan kami ialah Anugerah Tinta Seni, Anugerah Mekar Seni dan Anugerah Ilham Pencipta. | Lain-lain | 16.03.2010 |
tuan/puan bagi saya 5 kata-kata aluan | Saudara, frasa yang betul ialah kata alu-aluan, bukan kata-kata aluan. Contoh kata alu-aluan yang biasa terdapat dalam teks ucapan yang dimuatkan dalam buku cenderamata / program sesuatu majlis ialah sekapur sirih, seulas pinang, setitis tinta, seuntai madah, sejambak bicara dsbnya. | Lain-lain | 01.09.2009 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |