Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tioman

Puisi
 

Bajak wangkang di Pulau Tioman,
     Pulau Pingat jauh dipandang;
Sudah terbuang kampung halaman,
     Teringat ibu rasa nak terbang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah nama-nama pulau perlu meggunakan huruf besar bagi perkataan pulau? Contohnya 'Pulau Kapas'/ atau 'pulau Kapas'?, atau 'Pulau Tioman'/ 'pulau Tioman'Nama khas ditulis dengan huruf besar, Pulau Tioman.Tatabahasa07.09.2016
Adakah penggunaan kata sendi nama "di" dan "ke" betul? i) Kami bercuti di Pulau Tioman. ii) Kami bercuti ke Pulau Tioman.Ayat yang betul ialah “Kami bercuti di Pulau Tioman”. Penggunaan kata sendi nama “ke” tidak betul kerana kata sendi nama tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.Tatabahasa22.10.2022
1.Di pasaran atau dalam pasaran? 2.Saya tertarik oleh keindahan Pulau Tioman atau saya tertarik dengan Pulau Tioman? 3.Banyak pelajar tidak hadir atau ramai pelajar tidak hadir

1. Dalam pasaran. 2. Saya tertarik dengan keindahan Pulau Tioman. 3. Kedua-dua boleh digunakan.

Tatabahasa09.08.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ragam ayat bagi dua ayat berikut? (i) Kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman. (ii) Kebanyakan pelancong gemar mengunjungi Pulau Tioman. Terima kasih. Ayat yang betul ialah "kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman".
Tatabahasa12.04.2015
Ayat-ayat di bawah betul atau salah?Kalau salah harap jelaskan apa kesalahannya. 1)Pulau Tioman terindah di dunia. 2) Para banduan wanita itu akan dipindahkan ke Penjara Kajang. Terima kasihAyat pertama ayat tergantung, sepatutnya Pulau Tioman merupakan pulau yang terindah di dunia.
Ayat kedua betul.
Tatabahasa08.07.2014
Apakah kesalahan bagi ayat ini ? Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi ?Ayat tersebut betul dan merupakan ayat tanya tanpa kata tanya.Tatabahasa01.03.2011
1. Semua calon peperiksaan dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. 3. John membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman. Adakah ketiga-tiga ayat tersebut betul @ terdapat kesalahan? Terima kasih1. Semua calon peperiksaan dikehendaki menghantar kertas jawapan.
2. Cikgu sedang memerhati murid-muridnya bersenam di padang.
3. John membeli banyak cenderamata ketika melancong di Pulau Tioman.
Tatabahasa09.09.2015
Ayat manakah yang betul. 1.Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan. 2. Cikgu Ali sedang perhatikan murid-muridnya bersenam di padang. 3. Ahmad membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman.Ayat yang betul ialah:

1.Semua calon peperiksaan itu dikehendaki supaya menghantar kertas jawapan.

3. Ahmad membeli banyak cenderamata ketika melawat Pulau Tioman.
Lain-lain09.09.2015
Soalan kata sendi nama 1. Semua pelancong terpesona _________ keindahan pantai di Pulau Tioman. A. untuk B. akan C. kepada D. daripada Berikut merupakan soalan yang saya temui daripada sebuah buku latihan. Jawapan yang diberikan ialah B.akan. Mengikut Kamus Dewan, terpesona mempunyai maksud 1.kena pesona,terpukau. 2. sangat tergoda,sangat terpikat hati Contoh yang diberikan: terpesona oleh terpesona dengan Di sini, soalan saya ialah "terpesona akan" boleh digunakan atau tidak?terpesona tambah kata sendi "akan"

Cikgu Lye, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Sebenarnya jawapan yang diberikan adalah betul kerana jika Cikgu melihat makna yang diberikan ada dinyatakan akan juga membawa makna adapun, perihal, mengenai, tentang, jadi adalah tidak salah sekiranya jawapan yang diberikan ialah akan. Terima kasih

Tatabahasa09.06.2009
1) kejadian itu adalah merupakan sesuatu yang biasa terjadi 2)mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi

Sila jelaskan soalan saudara yang ke-2. Walau bagaimanapun, yang betul bagi soalan pertama ialah:

 Kejadian itu merupakan sesuatu yang biasa terjadi.

 

Tatabahasa17.11.2011
12

Kembali ke atas