TALI LEHER...Apakah istilah yang digunakan contoh...1 helai tali leher 1 keping tali leheri atau 1 set tali leher Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan helai yang merujuk kepada penjodoh bilangan bermaksud barang yang tipis (seperti daun, rambut, kertas dan lain-lain). Berdasarkan tiga pilihan yang diberikan, penjodoh bilangan yang paling hampir ialah “sehelai tali leher”, “satu helai tali leher” atau memadai jika digunakan “satu tali leher” sahaja. | Tatabahasa | 07.11.2019 |
maksud austrik dan filem. | Menurut data kami, perkataan filem ialah 1 benda tipis yang dibuat daripada seluloid dan dimasukkan ke dalam kamera untuk membuat gambar (negatif). 2 wayang gambar; gambar hidup: ~ Melayu. ~ dokumentari filem yang memaparkan kisah sebenar tentang sesuatu perkara atau peristiwa. memfilemkan menggambarkan atau membuat cerita dalam bentuk filem: Beberapa buah syarikat telah berusaha untuk ~ kisah itu. perfileman segala hal tentang filem: masalah ~. Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan austrik dalam data kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari 1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=filem&d=1 | Makna | 24.12.2015 |
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya? | Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 22.01.2007 |
Adakah ayat-ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa? 1. Kedua ibu bapanya sudah makan. 2. Peluang bertemu semula gurunya amat nipis. Apakah prosedur meletakkan tanda sempang dalam kata ganda? 1. Anak-anak 2. Adik beradik 3. | 1. Kedua-dua ibu bapanya sudah makan. 2. Peluang bertemu dengan gurunya semula amat tipis. Tanda sempang digunakan untuk menyambungkan unsur-unsur kata ulang, cth. anak-anak, gotong-royong, adik-beradik. | Tatabahasa | 22.03.2008 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk yang berikut untuk menerangkan rasa teh (https://www.artoftea.com/tea-terms-glossary): 1) earthy 2) rich 3) mellow 4) fruity flavour 5) floral 6) velvety 7) smooth and sweet taste 8) woody 9) rich 10) astringent | Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut jika bersesuaian: 1) earthy = semula jadi 2) rich = sempurna 3) mellow = nipis/tipis 4) fruity flavor = rasa buah 5) floral = bunga 6) velvety = lembut 7) smooth and sweet taste = halus dan manis 8) woody = sebenar/ semula jadi 9) rich = sempurna 10) astringent = pedar/tajam/segar | Penyemakan dan penterjemahan | 22.10.2019 |