Selamat sejahtera. Saya nak tanya, adakah ada perkataan lain yang digunakan untuk perkataan 'leading' yang digunakan dalam tipografi? | Leading dalam banyak bidang diterjemahkan kepada utama, seperti leading indicator - petunjuk utama (ekonomi), leading sector - sector utama (geografi) dan leading question - soalan pimpinan (pendidikan). Untuk maklumat lanjut sila rujuk http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/SoalJawab/nb_jawab_soalan_pelanggan.aspx?ID=46144. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2017 |
Boleh digunakan HRUF BESAR MAKA, untuk menunjukkan penegasan dalam perintah mahkamah. | Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 147, penegasan tipografi boleh dibuat menggunakan huruf besar untuk memberikan makna serta pengertian yang tersendiri dan khusus, apabila digunakan dalam konteks tertentu. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP 2021), halaman 1387, perkataan “maka” bermaksud: - Memulakan ayat yang menyatakan makna lalu, selepas itu lalu, atau dan.
- Menghubungkan huraian atau maklumat dalam bahagian ayat dengan ayat utama.
- Menunjukkan sesuatu berlaku selepas sesuatu yang lain secara berterusan; lalu.
- Menyatakan hubungan yang berlaku akibat implikasi.
Penggunaan huruf besar digunakan pada permulaan perkataan yang melibatkan kata nama khas, pada permulaan kata di pangkal ayat dan pada permulaan kata cakap ajuk. Penggunaan huruf besar pada keseluruhan perkataan hanya melibatkan ejaan untuk singkatan, contohnya singkatan DBP yang merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh yang demikian, perkataan “maka” tidak dieja menggunakan huruf besar keseluruhannya. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan hal undang-undang, tuan/puan boleh merujuk institusi yang berkaitan dengan undang-undang di Malaysia. | Istilah | 22.10.2024 |
ejaan mana yg betul adakala atau ada kala. Di Kamus Dewan dieja satu kata, tetapi pd Lembar Bahasa dieja dua kata yg betul. Tolong jelaskan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah adakala mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat. Mungkin berlaku kesilapan tipografi dalam Siri Pedoman Lembar Bahasa. | Ejaan | 06.05.2009 |