Assalamualaikum, Apabila saya merujuk kamus, perkataan 'mendaya' didefiniskan seperti berikut: menĀdaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: Adakah maksud lain daripada definisi tersebut bagi perkataan 'mendaya?' | Saudara, Perkataan "mendaya" ialah padanan bagi kata dalam bahasa Inggeris "intrigue" yang membawa maksud menarik minat, membuat [sso] berminat: the idea ~d him, gagasan itu menarik minatnya; Untuk keterangan lanjut, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam laman sesawang DBP. | Makna | 23.10.2010 |
apakah maksud marcapada dan mayapada | Marcapada bermakna dunia sekarang ini. Contoh ayat : Orang Mukmin yang tidak terpengaruh dengan marcapada yang penuh dengan tipu daya. Mayapada bermaksud dunia dan sama makna dengan marcapada. | Makna | 29.11.2007 |
manakah parkataan yang sesuai diguna antara diolah dan diulas?dan apakah perbezaan makna perkataan tersebut? | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan bergantung kepada konteks ayat kerana membawa maksud yang berbeza. Olah ialah 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; Ulas pula ialah juru~ orang yg menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir; | Lain-lain | 14.08.2010 |
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga | Makna | 01.07.2009 |
Apakah yang dimaksudkan kata ganda semu? Contoh? | Tuan, Merujuk Kamus Dewan perkataan semu: bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu. | Makna | 01.05.2009 |
Selamat pagi, Saya hendak tahu bahawa perkataan "marcapada" yang bermaksud "dunia sekarang ini", bolehkah ditulis sebagai "marcapada ini"? Saya mendapati bahawa "marcapada ini" banyak digunakan sebagai penanda wacana, adakah frasa " marcapada ini" betul? Sekian, terima kasih. | Makna 'marcapada' ialah dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. | Tatabahasa | 26.11.2010 |
pada zaman mutakhir ini betul ke? atau muktahir ini? atau muktahir ? Penggunaan 'marcapada ini' betul ke? atau cuma letak 'Marcapada' je? | Encik Yu, Maksud mutakhir ialah terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Oleh itu frasa yang betul ialah 'pada zaman mutakhir ini' atau ' mutakhir ini'. Makna 'marcapada' ialah dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. | Tatabahasa | 18.05.2010 |