Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.rai] | تيراي

Definisi : 1. kain yg berumbai-umbai tepinya (perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dll): kerja menghias pentas persandingan, langit-langit, ~, ham­paran sudah siap; 2. kain yg dipasang labuh hingga ke lantai (utk menutup pintu, menye­kat ruang, dll), tabir: ~ ini membahagikan ruang tengah menjadi dua buah bilik; ~ belakang latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dll); ~ besi garis (sempadan) yg meng­a­singkan negara-negara blok komunis dgn negara-negara blok lain; ~ kelambu kelambu tempat tidur; ~-mirai berbagai-bagai jenis tirai; bertirai berpasang tirai, bertabir: pentas itu belum ~; bertiraikan menggunakan sesuatu (kain dsb) sbg tirai, bertabirkan: ruang itu ~ sehelai kain yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.rai] | تيراي

Definisi : 1 kain yg dipasang labuh hingga mencecah lantai utk menutup pentas dll; tabir. 2 kain sutera dll yg berumbai-umbai tepinya utk perhiasan langit-langit tempat tidur dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tirai (kata nama)
Bersinonim dengan langsir, tabir, penutup jendela, bidai, skrin, adang, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeran, sekesel, layar, layar sebeng, pendinding, kelir, gorden, kerai, belat, korden, langsai;,
Kata Terbitan : bertirai,

Puisi
 

Tirai perak kelambu perak,
     Bantal emas tikar suasa;
Bercerai kasih bertemu tidak,
     Jauh bergantung di atas udara.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong jelaskan maksud tersirat bagi frasa di bawah. i. "Hai encik, jangan bersorak dahulu, itu anak raja berlabuh tirai!" (maksud berlabuh tirai) ii. "Jangan tuan-tuan bersorak dahulu, itu anak raja berpangkas gombak." (maksud berpangkas gombak) Sekian, terima kasih.Tidak ada perkataan berlabuh tirai dalam pangkalan data kami, perkataan yang ada ialah tirai berlabuh yang bermaksud berhenti atau singgah. Gombak bermaksud jambul dan berpangkas bermaksud bergunting. Perkataan berpangkas gombak diungkapkan dalam cerita Melayu klasik yang bermaksud bergunting jambul/rambut.Tatabahasa31.03.2012
assalamualaikum.. nak tanya istilah dalam bahasa melayu sesuai bagi backdrop (hiasan di pentas papan pentas)Padanan bahasa Melayu bagi istilah backdrop ialah tirai latar, latar pentas atau tirai belakang.Istilah02.04.2007
Makna perkataan : tabirMenurut Kamus Dewan, tabir dimaksudkan sebagai kain yang digantung untuk menyekat atau melindungi sesuatu, tabir juga ditakrifkan sebagai tirai. Namun demikian, makna bagi kata tabir ini berlainan merujuk kepada ayat. Kata ini juga boleh berubah maknanya apabila digunakan untuk puisi seperti sajak. (Merujuk kepada sajak yang dihasilkan). Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Makna23.11.2006
salam tuan, apakah makna aurora dalam bahasa MelayuBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, aurora bermaksud fenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada malam hari, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu.Makna12.03.2012
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai  2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat  4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu.Makna16.04.2012

Kembali ke atas