Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ris] | تيريس

Definisi : 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bum-bung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang; tirisan tempat yg tiris; ketirisan kebocoran: ~ atap rumah; ~ rahsia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ris] | تيريس

Definisi : 1 bocor pd sesuatu (spt tayar, atap) yg menyebabkan angin dpt keluar atau air dpt masuk dsb. 2 berlubang sehingga air atau angin dpt masuk atau keluar: Gayung yg ~ tidak dpt digunakan lagi. meniriskan menjadikan tiris; membocorkan. ketirisan 1 kena kesan drpd sesuatu yg tiris; kebocoran. 2 keadaan tiris; kebocoran. penirisan perihal atau perbuatan meniriskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiris (kata kerja)
Bersinonim dengan bocor, meleleh, merembes, menitis, menitik, rejap;,
Kata Terbitan : ketirisan,

Puisi
 

Makan nasi berulam bawang,
     Makan halia tiga hiris;
Besar mana nak meminang orang,
     Air disiram haram tak tiris.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Digenggam tiada tiris.

Bermaksud :

Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud telap dan tiris?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang;Lain-lain01.07.2010
Apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk menandakan susunan keturunan (tiris) dalam TERSILAH keluarga yang bermula dengan MOYANG, Datuk, Anak, cucu, cicit ...........?

Istilah yang sesuai ialah salasilah.

Istilah03.01.2011

Kembali ke atas