Saya ada sedikit berkaitan kata ganti bagi Titah Diraja. Adakah ada kata ganti lain yang boleh digunakan selain daripada Titah Diraja? | "Titah" bermaksud "perintah". "Titah Diraja" bermaksud "Perintah Diraja" atau "Perintah rasmi yang disampaikan oleh raja". | Istilah | 04.09.2014 |
" Segala titah permaisuri akan ____ laksanakan dengan segera," sembah dayang istana. A. baginda B. hamba C. patik D. beta Apakah jawapan yang sesuai ? Mengapa? | Jawapan yang paling sesuai ialah "patik" kerana "patik" memang khas sebagai kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dengan raja. | Istilah | 12.03.2018 |
Ingin bertanya penggunaan frasa yang betul dan minta pencerahannya. 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya, atau Amin "melambaikan tangan" kepada rakannya. 2. titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya" atau titah Sultan Mansur kepada "rakyat-rakyatnya" 3. Adakah penggunaan "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak? | Ayat yang betul ialah: 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya. 2. Titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya". 3. "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 12.05.2015 |
Bolehkah saya menggunakan istilah "Titah Perutusan" sebagai ganti "Kata Alu-Aluan" oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong? Atau adakah istilah lain bagi "Kata Alu-aluan" yang boleh digunakan apabila merujuk kepada pihak istana? | Ya, perkataan "Titah Perutusan" sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan "Kata Alu-aluan untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung. | Lain-lain | 05.11.2014 |
Salam, betulkah ayat ini? Segala titah perintah tuanku akan patik junjungi. Jika salah, bolehkah tuan/puan jelaskan alasan? Bukankah kata kerja untuk ayat pasif pelaku pertama perlu disertai oleh imbuhan akhiran -i? Terima kasih. | Mengikut rumus tatabahasa, ayat "Segala titah perintah tuanku akan patik junjungi" betul. Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 187. | Tatabahasa | 25.04.2014 |
"Tolong sampaikan kepada_______bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. a. Beta b. Tuanku c. Baginda d. Beliau apakah jawapan bagi soalan ini? Sila beri penjelasan. Terima kasih. | "Tolong sampaikan kepada beliau bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. Tengku Azman bukanlah seorang raja atau sultan, maka kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah beliau. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
1. Bolehkah "saling " digunakan dengan "antara satu sama lain"? 2.Apakah perbezaan antara "titah" dan "sabda"? 3."Kaedah peN- " atau "kaedah beR/meN" (contoh :"kaedah belajar" atau "kaedah pembelajaran") 4.Apakah perbezaan antara "kepimpinan" dengan "lepemimpinan"? Terima kasih | 1. Soalan pertama tidak jelas. Contoh penggunaan "saling" yang betul seperti saling membantu (bukan saling bantu-membantu). 2. Titah ialah bahasa diraja yang bermaksud kata, manakala sabda ialah kata yang dikaitkan dengan nabi. Boleh rujuk PRPM untuk maklumat selanjutnya. 3. Apitan peN-...-an menerbitkan kata pembelajaran daripada kata dasar belajar. 4. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin dan kepemipinan bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan pemimpin. | Tatabahasa | 02.04.2020 |
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. 2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu. 4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Sekian, terima kasih. | Makna | 07.08.2017 |
"Tolong sampaikab kepada_____bahawa cucunda jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. a. Beta b. Tuanku c. Beliau d. Baginda Saya telah mendapat jawapan daripada tuan bahawa jawapan ialah BELIAU. tetapi saya mendapati jawapan ialah BAGINDA. apakah jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih. | Jawapan pertama ialah beliau kerana adanya frasa cucunda Tengku Azman. Tengku Azman bukanlah seorang sultan atau raja, melainkan digelar Sultan Azman. Dalam ayat yang kedua ini kata ganti nama baginda boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalanberikut ? 1. " Bagaimanakah ............ menjaga kebersihan pasar ini?" titah sultan kepada Pak Man. | Bagaimanakah kamu menjaga kebersihan pasar ini? | Tatabahasa | 17.03.2015 |