Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh – bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya –segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya –jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam –upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri Men | Maklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti. | Lain-lain | 25.11.2015 |
Maaf kerana menggangu anda. Saya ingin bertanya tentang satu soalan. Apakah perbezaan antara perkataan "mendapat" dan "mendapatkan"? Selepas penambahan akhiran -kan kepada perkataan mendapat, apakah pula perbezaannya? Bagaimanakah penggunaan kata mendapat dan mendapatkan? Tolong berikan ayat contoh untuk saya menjelaskan perbezaan perkataan mendapat dan mendapatkan ini. Sekian, beribu-ribu terima kasih saya ucapkan kepada tokoh bahasa Melayu yang saya sanjung. Tambahan pula, antara perkataan menyanjung (sanjung) dengan menyanjungi (sanjungi), apakah perbezaan maksudnya? | Kata mendapat sebagai bentuk terbitan daripada kata dapat mempunyai erti yang berbeza dengan kata “dapat”. Kata mendapat bererti “menerima atau beroleh”. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Saya sudah mendapat maklumat yang saya perlukan. 2. Para pekerja mendapat upah daripada titik peluh mereka. Kata mendapatkan mempunyai makna-makna yang lain. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. Anak kecil itu segera mendapatkan ibunya apabila dipanggil. (mendapatkan bererti “pergi kepada”) 2. Kamsiah mendapatkan adiknya pakaian yang digemarinya. (mendapatkan bererti “mendapat atau beroleh sesuatu untuk orang lain”) 3. Untuk mendapatkan hasil yang lumayan, kita perlu berusaha. (mendapatkan bererti “berusaha memperoleh sesuatu”). Sila rujuk buku Kamus Dewan untuk memahami makna setiap perkataan. | Makna | 27.04.2014 |