Saya ingin bertanya sama ada kata "titip" boleh digunakan untuk menterjemahkan kata "drop", contohnya dalam ayat ini "Drop your resume here". Ini dalam Genre Teknologi Maklumat, dan berkaitan dengan laman sesawang untuk bidang HR yang meminta pemohon pekerjaan "drop" resume mereka supaya dapat dilihat oleh pegawai HR yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya | Cadangan kami ialah Lampirkan resume anda di sini. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.03.2020 |
Adakah sama penggunaan perkataan titipan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Arab?Tolong berikan maksud perkataan tersebut. | Titip bermaksud (i) memberikan sesuatu untuk disimpan (disampaikan kepada orang lain), mengamanahkan; (ii) menyerahkan (barang dagangan) supaya dijual. Titipan bermaksud sesuatu yang dititipkan (diamanahkan). | Makna | 15.03.2008 |