Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.tis] | تيتيس

Definisi : titik (air dll): dgn tidak disedarinya air matanya jatuh beberapa ~; bertitis = menitis; bertitisan menitis dgn banyaknya: embun jantan ~ membasahi bumi; air matanya dibiarkan ~ membasahi pipi; menitis jatuh setitik demi setitik (air dll), menitik, bertitik(-titik): air hujan masih lagi ~ drpd daun-daun kayu di keliling rumah itu; menitisi menitis pd, menitiki; menitiskan menyebabkan (menjatuhkan) bertitis-titis, menitikkan: apabila lada dan bawang sudah masak baru dititiskan cuka sekadarnya; titisan 1. sesuatu yg menitis: direnunginya ~ air hujan bersambung-sambung turun drpd bumbung biliknya; 2. = ~ darah ke­turun­an; ~ pena karangan, ciptaan (sastera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tis] | تيتيس

Definisi : Jw; menitis berpindah ke tubuh manusia (binatang dll), menjelma (bkn jiwa); titisan penjelmaan; penitisan 1. perihal menitis, penjelmaan (perpindahan) jiwa; 2. ilmu (kepercayaan) mengenai hal menitis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tis] | تيتيس

Definisi : titik air yg jatuh setitik demi setitik. menitis jatuh setitik demi setitik; menitikkan. menitiskan men­­­jatuhkan (air dll) setitik demi setitik; menitikkan. titisan benda yg menitis. ~ darah a. darah yg menitis. b. keturunan. penitis ist alat yg digunakan utk memasukkan ubat ke dlm tubuh pesakit secara titisan yg terkawal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titis
Rujuk :titik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Titik setitis air ke atas slaid kaca. 1b) Titis setitik air ke atas slaid kaca. 1c) Titik setitik air ke atas slaid kaca. 1d) Titis setitis air ke atas slaid kaca. Terima kasih.Titis dan titik sama maknanya, maka semua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa25.11.2011
1. pakaian seragam pasukan kadet polis sekolah itu kemas nian/sungguh. boleh tolong terangkan perbezaan kegunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut. setahu saya kedua-dua perkataan membawa erti yang sama. 2. kegunaan perkataan "titis" dengan "titik". apakah perbezaannya?1. Bergantung kepada kesesuaian ayat dan situasi. 2. Titik dan titis membawa maksud yg sama. Sila rujuk Kamus dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Tatabahasa15.10.2009

Kembali ke atas