1) Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam. 2) Alat penghawa dingin yang dibeli oleh ayah bukan saja murah malah dapat menjimatkan elektrik dan berkonsep mesra alam. 3) Puan Rosli menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaian. Adakah ketiga-tiga ayat betul? Jika tidak betul, boleh tuan/puan mengenal pasti kesalahan tersebut. | Ayat berikut telah dibuat penambahbaikan dari sudut tatabahasa: i) “Alat penyaman udara yang dibeli oleh ayah bukan sahaja murah, malah dapat menjimatkan elektrik dan bersifat mesra alam.” ii) “Puan Rosli menggunakan serbuk pencuci berjenama untuk mencuci pakaian.” Ayat “Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam.” betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 431 sehingga 575.
| Tatabahasa | 21.04.2024 |
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus | 1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut 3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran .... 4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut. | Tatabahasa | 01.05.2012 |