Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi tulium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tm


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Celcom a TM Co.Celcom syarikat TMLain-lain18.05.2007
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya Farahida Othman, Pengurus Penerbitan Korporat di Telekom Malaysia Berhad (TM) . Untuk makluman tuan/puan, kami sedang di dalam proses penterjemahan buku laporan tahunan kami di TM. Saya ingin mendapatkan pandangan pihak Dewan Bahasa & Pustaka tentang perkataan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu bagi perkataan “Digitalisation”. Adakah ianya tepat diterjemahkan sebagai pendigitalan atau digitalisasi? Maklumbalas tuan/puan amatlah kami hargai dan disudahi dengan ucapan terima kasih.Menurut istilah MABBIM, perkataan "Digitalisation" diterjemahkan sebagai pendigitalisan atau digitalisasi. Penggunaan istilah bergantung kepada konteks dan kesesuaian ayat. Sila rujuk

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=digitalisation&d=286464&#LIHATSINI
Pembinaan Bakat04.04.2018
Do you provide the service for safety data sheet (SDS) translation? How is the charges? If we would like to translate in bulk, any discount?DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan, sila rujuk Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel tm.net.my">terjemah@tm.net.my.Lain-lain30.09.2015
saya nak tanya macam mana guna dbp untuk translate bahasa melayu to bahasa inggeris. thankDewan Bahasa dan Pustaka tidak melaksanakan kerja-kerja penterjemahan. Sila hubungi Institut Terjemahan Negara, www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia, tm.net.my">terjemah@tm.net.my .  Lain-lain21.06.2008
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim dengan ini Perasmian Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah selamat disempurnakan oleh: Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa. BETUL KE AYAT INI?

Cadangan:

Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.. Saya dengan ini.. merasmikan Pejabat dan Kuarters Tentera di atas Lot 3699, di Stesen Pemancar TM Gunung Jerai, Mukim Gurun, Daerah Yan, Kedah Darul Aman.

 

 

Lain-lain13.05.2009
Pengujian KNDBP - selepas pertukaran JARING ke TMUjian.Lain-lain17.03.2012
Saya adalah seorang eksekutif jualan Telekom Malaysia (TM). Saya bercadang memasang kain rentang (Banner) dalam bahasa Inggeris. Soalan saya, Perlukah kain rentang saya ini mendapat kelulusan DBP terlebih dahulu sebelum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Mohon komen segera kerana banner ini perlu dipasang pada 20/3/2014. Terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak boleh mengesahkan kain rentang dalam bahasa Inggeris. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada DBP untuk pengesahan. Sila hantar melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, sila daftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain18.03.2014
1) Aadakah DBP menyediakan perkhidmatan penterjemahan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris? 2) Anggaran bayara berapa? 3) Adakah terdapat khrusus mengajar teknik penterjemahan (Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris)?

Khidmat Nasihat DBP tidak menangani Khidmat terjemahan seperti yang diperlukan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-2142438 atau e-mel tm.net.my">terjemah@tm.net.my" www.terjemah@tm.net.my  untuk keterangan lanjut.

Lain-lain14.01.2013
Mengapa DBP tidak memberi nasihat kepada Syarikat di Malaysia terutama yang berkaitan dengan GLC dalam penggunaan Bahasa Melayu didalam perkhidmatan di Malaysia. Contohnya TM dan MayBank yang menggunakan bahasa Inggeris dipapan iklan/kain rentang dan juga SMS kepada pengguna.Untuk makluman tuan, DBP melaksanakan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam, sektor awam , sektor swasta  dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.  DBP menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan.  Selain itu, DBP juga menyediakan Khidmat Pengesahan Bahasa dan Khidmat Pantau Tegur Bahasa dalam membantu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di negara kita.Lain-lain11.10.2013
Kami ingin mendirikan signboar untuk sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Inspirasi Cahaya" dan logo yang kita akan gunakan di labelkan dengan "TM". Dalam garis panduan yang disediakan oleh MBPJ kita mesti mengutamakan Bahasa Kebangsaan. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan papan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain30.12.2015
123

Kembali ke atas