Kependekan bagi perkataan TUAN ialah TN. atau TN tanpa noktah? Sekian. Terima kasih | Kependekan TUAN ialah TN. (titik untuk singkatan) | Ejaan | 25.04.2019 |
Tn, kenapa "di bantah" harus dijarakkan sedangkan "bantah" adalah kata kerja dan "dipukul" pula boleh bersambung yang nama pukul juga kata kerja? Sila bagi nasihat dan panduan tentang penggunaan "di". Jasa baik pihak tuan "di dahului/didahului" ( sila pilih dan beri alasan ) dengan ucapan ribuan terima kasih. | Untuk pengetahuan tuan/puan, ejaan yang betul untuk 'di-ban-tah' ialah 'dibantah'. Ejaannya bukan dijarakkan seperti yang tuan/puan nyatakan. Begitu juga dengan ejaan 'di-pu-kul'. Ejaan yang betul ialah 'dipukul' kerana pukul ialah kata kerja. Untuk keterangan lanjut tentang persoalan atau permasalahan tatabahasa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 18.12.2008 |
Salam tn/pn Bolehkah borang pemohonan jawatan di DBP dihantar melalui email.memandangkan keadaan susah keluar sekarang. Terima kasih | Salam sejahtera, Permohonan jawatan kosong Borang permohonan jawatan kosong DBP tidak boleh dihantar melalui e-mel, borang perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: 1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau 2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341 | Lain-lain | 20.03.2020 |
Assalamualaikum. Tn. Sulaiman Kaiat. Saya En. Hisham Bin Othman @ Mohd, bertugas di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka. Mohon pengesahan dari pihak tuan berhubung penggunaan bahasa samada: Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka atau Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka. Terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.10.2019. | Penggunaan bahasa yang betul ialah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka. | Lain-lain | 08.10.2019 |
Assalam Tn Saya Zainal Ariff (0104007090) dari Jururancang Bandar (Zas Planner) ingin mendapat terhadap penggunaan bahasa untuk dijadikan nama taman perumahan yang kami cadangkan di kawasan MBSA, Shah Alam Nama-nama yang kami cadangkan adalah seperti berikut :- 1.Sinaran Residensi 2. Utopia Residensi 3. Seri Sinar Residensi 4. Seri Unggul Residensi Diharapkan pihak tuan dapat memberi ulasan terhadap cadangan di atas dengan kadar segera dan diucapkan ribuan terima kasih. | 1. Residensi Sinaran 2. Residensi Utopia 3. Residensi Seri Sinar 4. Residensi Seri Unggul | Tatabahasa | 17.10.2017 |
Salam Tn/Pn, Saya Pn Norfazilah, daripada AZ Empayar Unggul Enterprise ingin memohon maklumbalas pengesahan penggunaan bahasa iklan untuk restoren kami "WARUNG KAPAL TERBANG" untuk tujuan pendaftaran Papan Iklan dengan Unit Pelesenan, Majlis Daerah Segamat. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah pihak saya hargai. Sekian, terima kasih Yang Benar, NORFAZILAH BINTI TOMPANG @ MOHD ZAIN | Salam sejahtera, Puan, WARUNG KAPAL TERBANG boleh digunakan. Untuk pengesahan penggunaan bahasa Melayu, sila layari http://dbpsahbahasa.my/. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.10.2017 |
Assalamualaikum wbt Tn. Saya sedang menulis tesis berkenaan dengan pendidikan. Mohon Pencerahan. Contoh ayat: "Kajian ini turut menyumbang dalam menangani masalah kejahilan dalam kalangan pelajar" Adakah "Kejahilan" sesuai untuk di gunakan dalam konteks ayat di atas? Sekiranya tidak sesuai, mohon Tuan berikan cadangan perkataan yang sesuai. Terima Kasih. | Untuk makluman, perkataan kejahilan kurang sesuai digunakan kerana bermaksud tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh. Akan tetapi, pihak kami tidak dapat mencadangkan perkataan yang lebih sesuai kerana ayat tersebut kurang jelas. | Lain-lain | 21.08.2016 |
Assalamualaikum wbt Tn, Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan dengan perkara berikut: Bilakah imbuhan 'di' harus dijarak dan dirapatkan dengan perkataan yang hendak digunakan. Contoh: Dilaksanakan ('di' perlu dijarak atau dirapatkan daripada perkataan 'laksanakan'). Terima kasih. | Pengejaan awalan di- hendaklah bersambung dengan kata yang mengikutinya, seperti dibuat dan dimakan. Manakala, kata sendi nama "di" dieja terpisah, seperti di sana, di rumah dan di Kuala Lumpur, | Tatabahasa | 16.08.2016 |
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih. | Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya: item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan) Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar. sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian) Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading. | Istilah | 15.08.2016 |
saya keliru golongan kata bagi perkataan 'sebuah'. Perkataan 'sebuah' merupakan penjodoh bilangan atau kata bilangan atau kedua-duanya sekali. Semoga pihak Tn dapat memberi sedikit penerangan berkaitan perkataan tersebut. Harap pihak Tn. dapat membantu saya menyelesaikan kekeliruan yang saya hadapi. Jasa baik Tn. amat saya hargai. | Sebuah merupakan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan buah digunakan untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah peperangan, sebuah rumah, dua buah kerusi dan lain-lain. Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu a) kata bilangan menunujukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya. b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya. c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya. d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya. e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya. Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Contohnya, beberapa buah kereta, dua buah rumah dan lain-lain. | Tatabahasa | 28.02.2013 |