Terima kasih atas maklumbalas kepada soalan terawal. Pan fry adalah kaedah memasak tanpa menggunakan minyak, sebagai contoh ikan salmon akan dipan fry sebab kandungan minyaknya tinggi, dan ia akan masak dengan minyak sendiri. Sekian, terima kasih. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah pan frying yang dipadankan sebagai goreng tohor dalam bahasa Melayu. Goreng tohor dihuraikan sebagai kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Pan+frying&d=129316&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 24.09.2017 |
Alatan untuk menahan sampah ketika menyapu sampah sama ada pongkes, pencedok atau penadah sampah. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pongkes bermaksud sejenis bakul yang tohor untuk mengisi dan mengangkat tanah (sampah dan lain-lain), pengki. Pencedok bermaksud 1. alat untuk mencedok 2. alat seakan-akan sudu bulat yang jeluk, biasanya digunakan untuk mencedok aiskrim, tembikai dan sebagainya. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, penadah sampah ialah padanan untuk bahasa Inggeris dustpan. Berdasarkan ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai ialah penadah sampah. | Makna | 11.05.2012 |
Apakah maksud yang tepat untuk dangkal dan contoh penggunaannya di dalam ayat. Bila dan bagaimana untuk menggunakan perkataan "kenapa" dan "mengapa" dalam ayat. Kenapa/mengapa perkataan "ramai" digantikan "banyak" untuk orang? Terima kasih. | Dangkal bermaksud: 1. tidak dalam (bkn perigi, sungai, dll), cetek, tohor: sungai yg dangkal; 2. tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yg mendalam (tentang sesuatu), tidak luas atau tidak dalam (bkn pengetahuan seseorang), cetek: pengetahuan yg dangkal tentang politik. Kenapa dan mengapa sama makna,oleh itu tiada perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kata itu. Banyak (banyak orang) penggunaannya tidak menggantikan kata ramai (ramai orang),tetapi sebagai pilihan sama ada menggunakan ramai orang atau banyak orang. | Tatabahasa | 21.06.2008 |