Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tokoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan orang kenamaan: orang terkemuka, orang terkenal, pakar, ahli,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, rupa, watak, perwatakan, keperibadian, personaliti.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong Merujuk makna 'pelopor' ialah  orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati  fokus dan kandungannya. Berdasarkan  tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan.  Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B.Lain-lain26.05.2010
Adakah benar tokoh bahasa Melayu hari ini telah banyak menginggeriskan bahasa Melayu dan banyak mengambil perkataan serta istilah saduran dan pinjaman dalam bahasa Inggeris. Benarkah bagi apa-apa perkataan atau istilah saduran dan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang ada akhiran ''tion'' maka perkataan atau istilah yang dimelayukan akan berakhiran dengan ''si''. Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan bahasa Melayu itu sendiri banyak dan kaya dengan perkataan, istilah,perbendaharaan kata serta kosa kata yang boleh dipilih, direka, diperbaharui dan digubal.Saya sebagai dan selaku pencinta bahasa Melayu sungguh kecewa dan mohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak DBP.Perkara sebegini perlu dipandang sungguh-sungguh oleh tokoh-tokoh bahasa yang bijak pandai lagi dihormati. Saya juga mohon supaya mengurangkan perkataan, kosa kata serta istilah saduran dan pinjaman bahasa Inggeris dan Eropah. Pada pandangan saya, bahasa Melayu akan lebih berdiri megah dengan perkataan , kosa kata, perbendaharaan kata dan istilahnya sendiri tanpa banyak pinjaman. Masyarakat juga lebih memahami serta dapat mengerti dalam melontarkan dan mengucapkan kata-kata.Untuk makluman, salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. 5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. Akiran "-tion" pada istilah bahasa Inggeris boleh dipadankan menjadi "-si" dan "-syen". Contohnya: tradition- tradisi, variation - variasi, convention - konvensyen, convocation - konvokesyen. Untuk maklumat lanjut tentang perkara di atas, sila rujuk buku "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" terbitan DBP.Istilah20.01.2014
Soalan peperiksaan STPM 2009 berbunyi :.....menguasai lebih daripada satu bahasa...soalan saya: (KKT) Kata kerja transitif mesti dikuti oleh objek Kata nama, adakah ayat ..'menguasai lebih..' itu gramatis? bagaimana pula dengan ayat..menguasai bahasa lebih dari satu.? TQVMTokoh bahasa, Pak Asraf dan Dr. Awang Sariyan menganggap frasa "menguasai lebih daripada satu bahasa" adalah tidak gramatis kerana kata kerja transitif (menguasai) + kata adjektif (lebih). Walau bagaimanapun tokoh bahasa yang juga merupakan salah seorang penulis Tatabahasa Dewan menerima frasa ... menguasai lebih daripada satu bahasa ... gramatis kerana "kata kerja transitif  (menguasai) + frasa nama (kata bilangan - lebih daripada + kata nama - satu bahasa). Frasa ini juga telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa24.05.2011
adakah perkataan wawancara dan temuramah membawa maksud yang sama? dari segi penggunaan adakah wawancara hanya ekslusif untuk penemuramah yang berjumpa dengan orang kenamaan?

·         Kedua-dua perkataan, “temu ramah” dan “wawancara” sama maksudnya. Mengikut Kamus Dewan, “temu ramah” diberikan maksud ‘tanya jawab antara pemberita dengan tokoh politik dan lain-lain untuk mendapat berita dan lain-lain, wawancara.

·          “Wawancara” diberikan maksud soal jawab antara wartawan dengan orang yang terkemuka untuk mendapatkan keterangan, pandangan untuk disiarkan, temu ramah. Tidak ada peraturan yang menyatakan hanya “wawancara” untuk orang kenamaan. Dalam masyarakat kita, orang kenamaan dan tokoh politik boleh sahaja orang yang sama.

Istilah20.02.2014
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan perkataan "ialah" dan "adalah"; adakah kedua-duanya boleh saling ditukar ganti? Adakah ayat-ayat berikut betul? (a) Saya adalah seorang bumiputera (b) Nombor pejabat saya ialah 123. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti guru besar SK Wangsa Melawati ialah Puan Noraini binti Ahmad, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti kedududkan seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi dan Majlis Sekalung Budi diadakan adalah untuk meraikan pengetua yang bakal bersaraTokoh14.06.2018

Kembali ke atas