Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tokoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan orang kenamaan: orang terkemuka, orang terkenal, pakar, ahli,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, rupa, watak, perwatakan, keperibadian, personaliti.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya difahami bahawa tidak boleh muncul dua perkataan kata ganda dalam satu ayat kerana telah membawa maksud jamak : contoh - berbagai-bagai jenis kuih-muih - salah. kerana berbagai-bagai bermaksud beraneka jenis, kuih-muih bermaksud : banyak kuih. Dalam pada ini, saya ingin bertanya ayat ini: Aminah menggantung gambar-gambar tokoh-tokoh negara pada dinding. Ayat ini adakah betul? Dalam ayat ini, saya ingin mengatakan bahawa Aminah menggantung gambar beberapa orang tokoh negara, dan gambar bagi setiap tokoh negara melebihi satu keping. Oleh itu, frasa ini : gambar-gambar tokoh-tokoh negara, adakah betul? Harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

Ayat yang betul ialah Aminah menggantung gambar-gambar tokoh negara pada dinding atau Aminah menggantung gambar tokoh-tokoh negara pada dinding.

Tatabahasa31.10.2021
Muhamad Farid assalamualaikum.... saya ingin menyatakan bahawa diri saya sedang mengalami kebuntuan.. saya seorang pelajar tingkatan 6, Kebuntuan tersebut adalah berkaitan dengan masalah temu bual... Dalam masa ini, saya sedang mengkaji seorang tokoh negara iaitu A. Samad Said. Setakat ini, saya mendapat tahu bahawa A. Samad Said sekrang berada di Sarawak.. Info ini saya dapat daripada kawan saya yang telah pergi ke rumah beliau... Jikalau anak2nya pula, tiada 1 pun renspon positif pada saya... Jadi saya mula fikir mungkin saya boleh temu bual rakan sezamannya/ orang dalam di DBP.. Hal ini demikian kerana kebanyakan karya tokoh A. Samad Said diterbitkan DBP.. Jika pihak tuan/puan tidak keberatan, bantulah saya.. temu bual itu penting untuk sumber primer..Terima kasih Muhammad Farid kerana menjadikan DBP sebagai teman anda di hujung jari. SEtahu kami A. Samad Said tetap berada di KL dan di Melaka. Mungkin A. Samad Said yang saudara bertanya tempoh hari ini, beliau bercuti ke Sarawak. Pihak kami mencadangkan agar pihak tuan boleh terus memanfaatkan http://prpm.dbp.gov.my/ pasti tuan akan terjumpa maklumat A. Samad Said dalam bentuk yang pelbagai.Lain-lain26.01.2014
Salam. 1. Namakan tokoh X dan Y ? 2.Nyatakan dua wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia? 3. Jelaskan dua tindakan yang dilakukan oleh negara-negara jiran yang terlibat dalam pembentukan Malaysia ? 4. Berikan dua contoh tahap hubungan etnik yang melibatkan X? .. Adalah kesemua ayat di atas perlu diletakkan tanda baca? Bagaimanakah membezakan ayat penyata dan ayat tanya? Mohon pencerahan. Terima kasihAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan manakala ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).  
Kesemua ayat tanya dibawah ini perlu diakhiri dengan tanda soal.
1. Namakan tokoh X dan Y?
2. Nyatakan dua wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
3. Jelaskan dua tindakan yang dilakukan oleh negara-negara jiran yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
4. Berikan dua contoh tahap hubungan etnik yang melibatkan X?
Tatabahasa23.09.2018
Tokoh Ilmuwan Negaraboleh guna contoh tunjukkan tokoh banyak ilmuwan .Istilah06.04.2011
Fatin Nabihah 9 February at 17:02 Assalamualaikum. Tumpang tanya admin, di mana boleh dapatkan borang pencalonan tokoh Sasterawan Negara? Harap dapat membantu. Terima kasih.Waalaimkumussalam... Borang pencalonan tokoh Sasterawan Negara masih belum dibuka lagi. Sebarang hebahan tentang maklumat ini akan disiarkan dalam laman web DBP kelak. Sekian terima kasihLain-lain09.02.2017
Apakah tanggungjawab DBP mengenai penggunaan sebutan bahasa malaysia atau bahasa kebangsaan yang berpiawaian tinggi (high standard langguage)?, maksud saya sebutan bahasa malaysia yang "baku" dalam pengajaran bahasa malaysia di peringkat sekolah rendah, menengah dan Universiti. Agensi-agensi seperti penyiaran dan penghubung radio bahasa malaysia, tokoh-tokoh politik dan para saterawan negara.Bahasa Melayu baku bermaksud sistem atau sesuatu yang telah diterima umum sebagi betul dan sah dan dapat dijadikan asas bagi bentuk dan sebagainya yang berkenaan bahasa, sebutan, ejaan dan lain-lain. DBP telah mengeluarkan panduan tatabahasa, sistem ejaan, dan sebutan yang baku untuk rujukan pengguna bahasa Melayu di semua peringkat. DBP sedia memberikan taklimat atau kursus berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan.Lain-lain23.11.2007
Apakah terjemahan Tokoh perpaduan negara dalam Bahasa Ingeris?

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Lain-lain06.04.2022
Selamat sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya bahawa apakah maksud lambai dalam lambai gajah yang merupakan nama bahagian keris? Adakah lambai gajah juga merujuk kepada salah satu bahagian badan gajah? Terima kasih.Ya. Lambai gajah ialah nama bahagian pada keris. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) memberikan takrif lambai gajah seperti yang berikut:

lambai gajah kata nama
bahagian pada mata keris yang tajam dan terletak di hujung belalai gajah di sebelah bawah ganja keris.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi tokoh-tokoh pandai besi di negara ini.
Makna01.10.2023
apakah perkataan yang sesuai untuk bekas pejuang negara

Merujuk Kamus Dewan tidak ada kata khusus (dalam satu perkataan) untuk merujuk tokoh pejuang negaranya, lazimnya disebut sebagai wira negara atau frasa lain yang setara maknanya.

Lain-lain26.06.2010
Apakah maksud doktor persuratanDoktor persuratan bermaksud anugerah khas yang diberikan kepada pemimpin/tokoh/individu yang memberi sumbangan besar terhadap negara.Makna16.10.2010
12

Kembali ke atas