Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.ko/] | توکوق

Definisi : tambahan sedikit (sewaktu menim­bang, mengukur, dll); bertokok mendapat imbuh, ada ekstra, ber-tambah: ia menghidap penyakit demam malaria dan ~ pula dgn sakit perut; ~ pula bertambah pula, tambahan pula; menokok memberi tokok, menambah, meng-imbuh: ia ada wang utk ~ kekurangan itu; ~ pengetahuan menambah pengetahuan; tokokan sesuatu yg ditokok, tambahan, imbuhan; penokokan perihal menokok, penambahan, pengimbuhan; penokok orang yg menokok, penambah, pengimbuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.ko/] | توکوق

Definisi : = penokok alat menukul paku dll, martil, penukul, tukul; menokok memalu, memukul, mengetuk, menukul; ~ gamelan memalu gamelan; ~ kawat Id berkirim telegram; tokok-menokok 1. ketuk-mengetuk, pukul-memukul; 2. ki saling mencela (salah-menya­lah­kan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.ko/] | توکوق

Definisi : tambahan sedikit yg diberikan pd sesuatu; imbuh. bertokok mendapat imbuh; bertambah. menokok mem­­berikan tokok; menambah; me­ng­imbuh: Ia ~ jumlah bayaran itu se­banyak lima puluh ringgit lagi utk membeli buku. Anaknya digalakkan belajar utk ~ ilmu sbg bekalan utk masa depan. menokokkan menambahkan sesuatu sbg tokok pd sesuatu (yg sudah ada): Emaknya ~ dua ringgit lagi sbg wang perbelanjaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tokok
Kata Terbitan : menokok, tokokan, penokokan, penokok,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kepentingan filologi dalam sasteraSecara umum, filologi dalam sastera ialah suatu ilmu yangberhubungan dengan kajian terhadap teks. Dalam pergertian yang luas, filologi merupakan suatu disiplin yang ditujukan pada kajian tentang teks yang tersimpan atau teks lama. Kajian terhadap sesebuah teks lama, maksud di sini sesebuah naskhah lama yang dijumpa perlu dikajian atau di bandingakan dengan teks lain sama ada yang sama atau tidak (berkaitan). Di sinilah kepentingan filologi perlu kerana dalam teks lama lazimnya terdapat variasi disebabkan penyalinan nakhah tersebuah sehingga teks asli sentiasa mengalami perubahan. Ringkasnya kerja filologi didasarkan pada prinsip bahawa teks akan perubah setiap kali disalin kembali oleh penyalin yang lain kerana adanya tokok tambah.Lain-lain05.09.2008

Kembali ke atas