Salam ceria... Sila rujuk kepada ayat berikut: Individual holds incremental mindset makes more inferences compared to individual with entity mindset. Saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti terjemahan (1) incremental mindset (2) entity mindset Adakah sesuai kalau saya menggunakan penetapan minda perkembangan dan penetapan minda entiti/tetap? Please advise me. Terima kasih. | 1) Dalam data kami tiada padanan khusus bagi istilah "incremental mindset". Walau bagaimanapun, terdapat perkataan incremental yang diterjemahkan kepada tambahan, meningkat dan tokokan manakala mindset diterjemahkan kepada penetapan minda. Oleh itu, kami memcadangkan "incremental mindset" diterjemahkan kepada "penepatan minda tambahan". (2) Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "entity mindset" . Walau bagaimanapun, perkataan "mindset" diterjemahkan kepada penetapan minda manakala "entity" diterjemahkan sebagai enititi. Oleh itu kami mencadangkan "entity mindset" sebagai penetapan minda entiti.
| Istilah | 24.10.2013 |
Assalamualaikum.Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang penggunaan beberapa jenis kata keterangan seperti 'juga' dan 'lagi'.Harap dapat dijelaskan..Sekian terima kasih | Juga: 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua. Lagi: 1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~ dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari hamzah di dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib ~ berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula; | Lain-lain | 26.03.2009 |