Nama tempat: TOKONG TONG PERAK, PERAK atau TOKONG PERAK TONG, PERAK | Nama Tempat yang betul ialah TOKONG TONG PERAK, IPOH | Tatabahasa | 08.11.2016 |
Penerangan lengkap tentang kuil, gereja dan tokong. | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kuil ialah rumah berhala atau tempat memuja dewa-dewa. Gereja ialah tempat atau rumah sembahyang bagi orang Kristian dan tokong ialah rumah berhala atau gambar patung yang dipuja-puja. Untuk mendapatkan keterangan lengkap, sila rujuk ensiklopedia atau buku-buku berkenaannya. | Lain-lain | 31.01.2010 |
Salam sejahtera tuan/puan, Minta khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang persoalan berikut: 1. Perang Dunia Kedua @ Perang Dunia II (yang mana satu betul?) 2. 10 tahun kemudian..... @ Sepuluh tahun kemudian.... (yang mana satu betul?) 3. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'shrine' dalam Kamus Dewan ialah tempat suci/keramat/tokong/topekong...apakah padanan ini sesuai untuk 'Yasukuni Shrine' di Jepun? Terima kasih. | Berikut merupakan jawapan bagi tiga (3) pertanyaan yang dikemukakan: 1. Perang Dunia Kedua 2. Selepas 10 tahun 3. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tempat keramat merupakan tempat yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat; banyak orang yang pergi ke tempat keramat untuk meminta sesuatu dan bernazar; minta keramat sama dengan minta berkat (restu) dari tempat yang keramat. | Lain-lain | 16.06.2019 |
Salam tuan/puan, Harap tuan/puan sudi meluangkan masa untuk mengkategorikan kata nama yang saya berikan sebagai contoh di bawah sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Jika KNATHI, tuan/puan boleh tandakan (I) atau jika KNATHBIK) tandakan (B). rumah padang sekolah bank mahkamah gereja masjid tokong kuil perpustakaan muzium istana plaza tol pasar malam tanjung teluk terowong tandas makmal taman dapur langit balai bomba balai polis kompleks sukan pejabat tanah pejabat imigresen universiti pejabat pos kilang roti kedai buku stesen minyak kafe siber Terima kasih yang tidak terhingga. | Pengenalpastian sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) dibuat melalui kehadiran kata sendi nama sebelum kata nama tersebut. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 99-100. | Tatabahasa | 19.11.2014 |