Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.léh] | توليه

Definisi : (toléh); ~ tenggala waktu antara pukul 8–11 pagi; menoleh berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) utk melihat, menengok ke sisi atau ke belakang: dia berjalan terus dgn tidak ~ ke kiri ke kanan pun; menolehkan; ~ muka memalingkan (muka); tertoleh-toleh menoleh berulang kali: dia kelihatan asyik ~ ke kanan dan ke kiri menyoroti orang-orang yg hilir mudik; pertolehan; ~ hari sl masa pagi (lebih kurang pukul 9) atau petang (lebih kurang pukul 3 petang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.léh] | توليه

Definisi : /toléh/; menoleh berpaling muka ke kiri, ke kanan dll utk melihat: Ia berjalan dgn cepat dan tidak ~ ke kiri atau ke kanan. menolehkan; ~ muka memalingkan muka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
toleh
Kata Terbitan : menoleh, menolehkan,

Puisi
 

Ikan tenggiri ikan todak,
     Tiga dengan ikan kerapu;
Toleh kiri kanan pun tidak,
     Sampailah saya dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cara yang betul menulis ku Tidak akanku berputus asa atau Tidak akan kuberputus asa. Andaiku toleh ke kiri atau Andai kutoleh ke kiri.Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan.

Kubuat 
Kuambil
Kudambakan
Kutitipkan

Kuberbuat (salah)
Kuperbuat (salah)
Kumengambil (salah)

Andai kutoleh ke kiri (betul)
Tidak akan aku berputus asa (betul)

Jika kata kerjanya berimbuhan awalan, ku secara automatis ditukarkan menjadi aku (penuh).
Lain-lain19.08.2021

Kembali ke atas