munsyi, adakah saling bermaafan, saling berpandangan, saling bertolongan...adalah gramatis? saya kekeliruan kerana be..an bermaksud saling, mengapakah saling bermaafan adalah betul dan saling bermaaf-maafan adalah salah? TK | Perkataan yang betul ialah bermaaf-maafan, berpandangan dan bertolong-tolongan. Contohnya ayat: Ros mengesat air matanya setelah bermaaf-maafan dengan Jamilah. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung? | Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. | Lain-lain | 29.03.2008 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara tolong dan bantu? Bolehkah kedua-dua perkataan ini digunakan untuk maskud yang sama atau adakah kedua-dua perkataan ini mempunyai penggunaan yang khusus? Bagi contoh ayat "go and help her", adakah kedua-dua perkataan bantu dan tolong sesuai untuk menjadi padanan bagi perkataan "help"? Terima kasih. | Puan yang budiman, Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "TOLONG" membawa maksud: = minta ~ minta bantuan (sokongan); tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu; menolong, menolongi. Manakala dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan pula mendefinisikan perkataan "HELP" sebagai ~ so. up, /menolong, membantu/ sso naik ke atas; Oleh itu berdasarkan rujukan kedua kamus tersebut, perkataan "TOLONG" dan "BANTU" sesuai dijadikan padanan untuk perkataan "HELP". | Makna | 09.11.2019 |