Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih. | 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah : Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ... 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan Hal-hal lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos Sos tomato 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.
| Tatabahasa | 23.04.2013 |
Gabungkaan kedua-dua ayat tunggal. A)Datuk menanam pokok terung. B)Datuk menanam pokok tomato.(dan) JAWAPAN:1.Datuk menanam pokok terung dan tomato. JAWAPAN2:Datuk menanam pokok terung dan (pokok) tomato. Jawapan yang mana satu betul? | Jawapan yang betul ialah "Datuk menanam pokok terung dan pokok tomato." | Tatabahasa | 09.11.2014 |
Adakah ayat ini betul? 1. Tomato adalah sayur berjenis buah 2. Sawi adalah sayur berjenis sayur. Adakah frasa "sayur berjenis sayur" di atas betul penggunaannya. | Untuk makluman tuan, Tomato ialah sejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh dimakan), ranti merah, terung bali, Lycopersicum esculentum (Solanum lycopersicum). Tomato juga merupakan tanaman herba tahunan yang berasal dari Amerika Selatan, mempunyai buah yang digunakan sebagai sayuran, daun-daunnya berbentuk pinat dan bunganya berwarna kuning. Sawi pula ialah sejenis tumbuhan (herba) yang dibuat sayur, Brassica rugosa. | Tatabahasa | 12.10.2017 |
1)Nenek memetik kacang panjang( yang masak).Adakah ayat ini betul? 2)Datuk memetik tomato (yang masak).Adakah ayat ini betul? | Selamat petang; 1)Nenek memetik kacang panjang. 2)Datuk memetik tomato. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 20.10.2016 |
maksud perkataan / perbezaan antara DAN dan ATAU | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dan ialah 1. kata yg menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat): saya ~ dia; ada orang yg menyanyi ~ ada pula yg menari; ~ juga serta; 2. selanjutnya, seterusnya (biasanya pd permulaan ayat sbg meneruskan sesuatu yg telah diperkatakan terlebih dahulu); ~ lagi tambahan lagi, manakala atau bermaksud 1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga: askar ~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~ air tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka menghinanya dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik ... mahupun: besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah. | Istilah | 06.11.2009 |