| building tomorrow's leader's today | cadangan membina asa depan pemimpin hari ini, "pemimpin hari ini, membina hari esok" | Lain-lain | 06.04.2007 |
| Organisasi saya dalam proses untuk menganjurkan persidangan antarabangsa. Oleh itu pihak kami ingin membuat semakan terjemahan bagi tema persidangan kami dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Future of Work: Preparing for Tomorrow Today Terjemahan ke bahasa malaysia: (Terjemahan DBP) Maklum balas pihak dbp amat dihargai. Sekian terima kasih. Shahrul Halim Penolong Pengurus Jabatan Pengurusan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja shahrul@epf.gov.my Tel: 03-2616 2237 | Terjemahan yang sesuai bagi Future of Work: Preparing for Tomorrow Today ialah Masa Depan Kerja: Bersedia Hari Ini untuk Esok. | Makna | 23.05.2017 |
| Salam. Apakah padanan yang sesuai untuk ungkapan "by the way?" Contoh: By the way, I'll be late for dinner tomorrow because I have to settle a few things in the office. Terima kasih, salam. | Untuk makluman, tidak ada terjemahan bahasa Melayu yang khusus untuk "by the way" kerana terjemahan bahasa Melayunya bergantung pada konteks ayat. Dalam konteks ayat yang diberikan, terjemahan yang dicadangkan untuk "by the way" ialah Saya ingin memaklumkan bahawa... | Penyemakan dan penterjemahan | 17.11.2016 |