Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (Muz) laras bunyi; 2. (Muz) kualiti bunyi; 3. darjah kecerahan warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ton I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah suatu / sesuatu bencana berlaku.' Dalam ayat di atas, 'suatu' atau 'sesuatu' lebih sesuai digunakan? Apakah perbezaan antara 'suatu' dengan 'sesuatu'? Terima kasih.

Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi;

Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; 

Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah sesuatu bencana berlaku.

Tatabahasa22.07.2013
Apakah terjemahan yang tepat untuk 20 tonnes; dan 25.9 tonnes per person? Berdasarkan prpm, perkataan tonnes diterjemahkan "tonne" (matematik), dan "ton" untuk beberapa bidang lain. Perkataan yang mana yang lebih tepat untuk bahan-bahan bacaan umum berunsurkan sains? Terima kasih.

Dalam bidang Kejuruteraan, tonnes diterjemahkan kepada tan (tonnes bentuk jamak dalam bahasa Inggeris) seperti displacement tonnes ialah tan sesaran. 

  

 

Tatabahasa27.12.2011
Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi istilah 'role model' dan 'tone'.

Saudara Nik,

Padanan bahasa Melayu bagi 'role model' ialah model peranan dan 'tone' ialah nada atau ton.

Istilah09.09.2009
Penerangan tentang Fonem SuprasegmentalFonem suprasegmental merupakan salah satu daripada tiga Huruf Fonetik Antarabangsa yang dicipta oleh pakar bahasa dengan tujuan menawarkan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dlm mana-mana bahasa pertuturan. Fonem Suprasegmental yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton dan penekanan.Tatabahasa06.12.2007

Kembali ke atas