Mohon jasa baik untuk menterjemahkan perkataan 'Sublimation Ink', ID Card Equipment' dan Compatible Laser Toner'. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Sublimation Ink - dakwat pemejalwapan 2. ID Card Equipment - Perralatan Kad ID 3. Compatible Laser Toner - Toner Laser Serasi | Istilah | 08.03.2016 |
TONER | PELEMBUT | Istilah | 22.12.2010 |
Apakah terjemahan sesuai untuk perkataan Bahasa Inggeris 'Toner' dan 'Toning' yang digunakan dalam produk kecantikan. | Perkataan dalam bidang kecantikan, toner ialah penyegar, manakala toning ialah penyegaran. | Istilah | 22.05.2014 |
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin mohon pengesahan mengenai penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan 'toner' (dakwat) Terima kasih atas perhatian dan tindakan tuan/puan | Penjodoh bilangan bagi dakwat berbeza mengikut bentuk fizikalnya. Untuk maksud dakwat yang berbentuk cecair, penjodoh bilangannya ialah titik. Sekiranya dakwat dalam sesebuah bekas, penjodoh bilangan adalah mengikut kesesuaian seperti "sebotol" atau "seunit". Terima kasih. | Tatabahasa | 20.11.2017 |
2. Dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan kuota warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji Film. Bolehkah saya menggunakan perkataan Dimaklumkan bahawa atau adalah dimaklumkan bahawa di hadapan ayat? dan sekiranya tidak boleh apakah ayat yang baik untuk digunakan bagi ayat diatas? | Frasa yang betul: - Dengan ini dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
- Untuk makluman tuan/puan, unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
| Tatabahasa | 17.10.2022 |