| List of Top 30 Equity Investment Holdings by Percentage of Issued Shares as at 31st December 2014 Apakah terjemahan dalam bahasa malaysia bagi perkataan di atas: Pilihan 1: Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham Setakat 31 Disember 2014. | Untuk makluman tuan, kami telah menyemak teks berbahasa Melayu berkenaan, bukannya terjemahan. Senarai 30 Pegangan Pelaburan Ekuiti Teratas Berdasarkan Peratusan Terbitan Saham sehingga 31 Disember 2014. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.02.2015 |
| Baju 'crop top' dalam bahasa melayu apa ya? 'baju separuh'? | Kami mencadangkan "crop top" diterjemahkan sebagai "baju senteng". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
| Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "top manager"? Teks ini akan digunakan untuk laman web berkenaan bola. Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "top manager" ialah pengurus atasan. | Istilah | 03.10.2013 |
| Saranan terjemahan DBP dalam istilah "over the top" media platform service? Dalam talian wikipedia menggunakan terjemahan "perkhidmatan media lepas pelantar" dan "perkhidmatan media penstriman". Terima kasih | Cadangan padanan bagi istilah over-the-top dalam bahasa Melayu ialah olak titipan atau orak titipan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 02.02.2024 |
| Apakah perbezaan untuk,agar dan supaya? Bilakah keadaan yang sesuai untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut? | “Untuk” merupakan kata sendi nama yang bermaksud ditentukan atau disediakan bagi sesuatu. top: 0cm;"> top: 0cm;">Keadaan yang sesuai untuk menggunakan “untuk”, apabila kata sendi nama ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti menunjukkan kegunaan untuk sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. top: 0cm;"> top: 0cm;">“Agar” dan “supaya” merupakan kata hubung pancangan keterangan yang bermaksud supaya dan semoga. top: 0cm;"> top: 0cm;">Keadaan yang sesuai untuk menggunakan “agar” dan “supaya” apabila berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. top: 0cm;"> top: 0cm;">Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 253 dan 276. | Tatabahasa | 21.08.2025 |
| Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasih | Dalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu | -top box | kotak set-atas | Teknologi Maklumat | Tiada | Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya. | | set-top box | kotak atas set | Teknologi Maklumat | Tiada | Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet. | Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.08.2014 |
| apakah beza bagi dan untuk ? | “Untuk” dan “bagi” merupakan kata sendi nama. top: 0cm;"> top: 0cm;">Perbezaannya ialah dalam penggunaan yang menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, “untuk” tidak boleh bertukar ganti dengan “bagi”. top: 0cm;"> top: 0cm;">Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 276. | Tatabahasa | 21.08.2025 |
| Dalam struktur ayat Bahasa Melayu, adakah boleh kita menggunakan ayat "celakalah"? Sebab saya cari dalam pencarian, tiada perkataan "celakalah" digunakan. | “Celaka” bermaksud kata makian yang diucapkan apabila terlalu marah, geram dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu. top: 0cm;"> top: 0cm;">Partikel -lah berfungsi sebagai kata penegas yang memberikan penekanan pada kata atau frasa yang mengikutinya. top: 0cm;"> top: 0cm;">Dalam konteks wacana, partikel -lah juga boleh memberikan makna tambahan atau interpretasi tertentu dalam pembinaan ayat. top: 0cm;"> top: 0cm;">Oleh itu, “celakalah” merupakan gabungan kata dengan partikel -lah yang membawa maksud penegasan dan boleh digunakan dalam ayat bergantung pada konteks penggunaanya. top: 0cm;"> top: 0cm;">Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 261 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 406. | Sastera | 04.08.2025 |
| Tuan, bagaimanakah perkataan "berkongsi" dan "mengongsi" digunakan dalam ayat? Apakah perbezaan antara "berkongsi" dengan "mengongsi"? Adakah "mengongsi" sama maksud dengan "berkongsi"? | | Makna | 11.12.2014 |
| apakah kesalahan bahasa yang ada dalam ayat ini "Kesimoulannya,kita hendaklah turut hadir ke majlis tersebut " | top: 0pt; margin-bottom: 0pt;">Terdapat dua (2) kesalahan bahasa dalam ayat tersebut: 1. Ejaan “kesimoulannya” tukar “kesimpulannya”. top: 0pt; margin-bottom: 0pt;">2. Penggunaan perkataan “turut” merujuk kesinambungan sesuatu perkara. top: 0pt; margin-bottom: 0pt;">Ayat yang betul ialah "Kesimpulannya, kita hendaklah hadir ke majlis tersebut".
| Tatabahasa | 16.10.2023 |