Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ;baju ~ a) baju kebaya; b) Kd jubah (orang lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata top III


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan rasuk, alang dan galang (untuk rumah)? Apakah istilah 'support beam' dalam bahasa?

top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto;">Menurut Kamus Seni Bina terbitan DBP tahun 2016, huraian yang berikut diberikan untuk rasuk, alang dan galang:

top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level2 lfo1;">i.    Rasuk = Struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban khususnya daripada lantai. Rasuk juga boleh dipasang pada bahagian lain seperti dinding dan bumbung.

top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level2 lfo1;">ii.   Alang = Elemen struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berfungsi untuk menanggung beban khususnya daripada bumbung.

top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto; mso-list: l0 level2 lfo1;">iii.  Galang = Struktur melintang di antara tiang yang berfungsi untuk menyokong beban yang berat bagi sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang. Galang terletak di bawah rasuk dan turut berfungsi untuk mengukuhkan struktur tiang.

Untuk makluman, berdasarkan rekod kami, belum ada Istilah dalam bahasa Melayu untuk support beam. Namun kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk support beam ialah rasuk sokongan.
Istilah01.05.2017
istilah kejuruteraan bagi- a) Condensate Filter b) Hydrogen Bullet c) Off Gas d) Accumulator e) solvent Feedstock f) Circulation g) Circulating h) Return Line Filter i) Top Circulating Reflux j) Colh front Cooler selain itu pengesahan bagi preheater sama ada prapemanas ataupun pemanas awal Terima kasih atas maklum balas yang bakal diberikan.

Puan,

Padanan istilah adalah seperti yang berikut:

i. turas peluwap ii. peluru hidrogen iii. tutup gas iv. penumpuk v. pelarut suapan vii. peredaran viii. edaran ix. turas garis balik x. refluks edaran atas  xi. perenggan dingin/sejuk xii. prapemanas

Istilah27.08.2010
adakah ayat baju itu terlalu amat mahal sekali adalah benar? adakah boleh saya menggabungkan dua kata penguat hadapan dalam satu ayat, contohnya terlalu amat cantik? dan bolehkah saya menggunakan lebih dari satu kata penguat belakang dalam satu ayat dan bolehkah saya guna lebih dari satu kata penguat bebas dalam satu ayat yang sama ? terima kasih

Ayat "baju itu terlalu amat mahal sekali", tidak betul kerana kata penguat hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan serentak dengan tiga kata penguat. 

Untuk makluman, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah sungguh cantik, cantik sungguh, cantik amat, amat cantik.   Contohnya:

top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto;">1. Pakaian wanita itu sungguh cantik.

top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto;">2. Pakaian wanita itu cantik sungguh.

top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto;">3. Pemandangan di kawasan itu amat cantik.

top-alt: auto; mso-margin-bottom-alt: auto;">4. Pemandangan di kawasan itu cantik amat.

Tatabahasa10.08.2015
Selamat pagi tuan/puan, saya ingin mengajukan soalan tentang penggunaan perkataan sinonim yang sesuai bagi teks/ayat dibawah. 1. Ketibaan Perdana Menteri di perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali. Berdasarkan ayat diatas, terdapat dua jawapan yang mengelirukan iaitu 1. Kehadiran 2. Kedatangan. Ramai guru menjawab soalan tersebut dengan jawapan 1. Kehadiran. Adakah jawapan 1. kehadiran sesuai dengan perkataan Ketibaan? Segala kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “ketibaan” membawa maksud perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan.   Makna kata “kehadiran” pula ialah perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dan sebagainya), perihal berada (di sesuatu tempat dan lain-lain), adanya, kedatangan. Walau bagaimanapun, kesesuaian penggunaan perkataan ini perlu dilihat berdasarkan konteks ayat atau wacana ayat tersebut digunakan.

Contoh ayat:

top: 0px; margin-right: 0px; margin-bottom: 0px;" dir="ltr">

       i.        Kedatangan pelajar di dalam kelas dicatat pada setiap hari.

     ii.         Ketibaan pelajar dalam Perhimpunan Bulanan KPM disambut oleh urus setia.

    iii.         Kehadiran kuasa besar boleh membawa kesan buruk kepada negara-negara Asia Tenggara.

    iv.         Kehadiran Perdana Menteri dalam perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali.


Tatabahasa03.04.2020

Kembali ke atas