Assalamualaikum. Apakah terjemahan untuk perkatasn 'Sheet Mask' dalam bahasa Melayu? Topeng muka kedengaran kurang sesuai. Ini sheet mask yang digunakan dalam industri kecantikan. Terima kasih | Pihak kami mencadangkan "sheet mask" diterjemahkan sebagai "topeng kepingan", topeng helaian" atau "topeng pipih". "Pupur muka" juga boleh dijadikan padanan bagi "sheet mask", bergantung pada jenis, bentuk dan kegunaan produk tersebut. Untuk makluman, topeng muka atau pelitup muka pula merupakan padanan bagi "face mask" dan bukannya "sheet mask". | Penyemakan dan penterjemahan | 13.08.2020 |
MASK | TOPENG | Makna | 21.12.2010 |
paper feed double key list mode binding margin characters netmask serial communication command centre host name on off | suapan kertas kekunci berganda mod senarai birai jilid aksara topeng internet komunikasi berdiri pusat perintah/arahan nama hos bergantung kepada konsep dan bidang bergantung kepada konsep dan bidang | Istilah | 16.01.2012 |
Adakah "apakah" dalam ayat-ayat yang berikut digunakan dengan tepat? Atau "adakah" lebih sesuai digunakan dalam ayat-ayat tersebut? Bagaimanakah membezakan penggunaan "adakah" dan "apakah"? 1) Apakah awak tak dapati, topeng ini pecah ketika ditendang tadi? 2) Apakah awak bermurah hati terhadap penyelamat lain juga? 3) Apakah saya nampak hantu tadi? 4) Apakah awak nak balik ke rumah? 5) Apakah sebab ini cukup munasabah? 6) Apakah pengurus besar akan susah hati jika nampaknya? 7) Apakah awak dah lupa apa itu kesopanan? 8) Apakah kita tersilap bidang? 9) Apakah kita perlu hasilkan karya besar? 10) Apakah saya tercicirnya di rumah? Terima kasih. | Salam sejahtera, Perkataan adakah biasanya digunakan untuk mengeraskan pertanyaan, ada atau tiada. Contohnya, soalnya, adakah terdapat novel karangannya? Perkataan apakah pula digunakan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih lanjut dan jelas. Contohnya, Apakah pengajaran yang anda dapat daripada peristiwa yang tergambar dalam syair itu? Merujuk kepada persoalan tuan, perkataan adakah lebih sesuai untuk soalan nombor 1 hingga 10 berdasarkan kefahaman untuk mengeraskan pertanyaan, ada atau tiada. Kesimpulannya, penggunaan perkataan adakah dan apakah dalam ayat-ayat bergantung kepada konteks ayat dan maksud soalan. Terima kasih. | Lain-lain | 19.01.2018 |
Berdasarkan Tatabahasa Dewan, partikel -lah yang digunakan sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu megalami proses pendepanan. Oleh itu, adakah penggunaan partikel -lah dalam ayat di bawah betu, walaupun predikat tersebut tidak didepankanl? Kita hendaklah menyahut seruan pihak kerajaan untuk memakai topeng muka. | Ayat ini betul, partikel -lah digunakan sebagai pelembut dalam ayat perintah. Dalam susunan biasa partikel -lah dalam predikat ayat seperti pakailah topeng muka. | Tatabahasa | 19.04.2020 |
salam sejahtera Saya hendak bertanya, kami sekuarga dan keluarga saya tergolong sebagai kata ganti nama diri pertama atau ketiga? Bagaimana menjawab soalan penukaran ayat aktif kepada ayat pasif bagi soalan berikut: a. Kami sekeluarga memberikan sedekah kepada pengemis di kawasan itu. b. Keluarga saya telah memperoleh topeng muka yang diberikan oleh pihak kerajaan. | Kami sekeluarga dan keluarga saya ialah kata ganti diri pertama jamak. Ayat pasif: 1. Pengemis di kawasan itu diberikan sedekah oleh kami sekeluarga. 2. Topeng muka yang diberikan oleh pihak kerajaan telah diperoleh keluarga saya. | Tatabahasa | 12.06.2020 |