1.Apakah penjodoh bilangan bagi topi keledar? 2. Apakah kata nama bagi Liquid paper? Terina kasih. | 1. Untuk makluman tuan, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan yang dicadangkan ialah “sebuah topi keledar”. 2. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi “liquid paper” ialah “pemadam cecair”.
| Lain-lain | 12.04.2024 |
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?) 2. a.Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?) 3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering / daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Sekian, terima kasih. | 1. Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?). Kedua-dua ayat tersebut betul 2. a. Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?): Jawapan betul ialah 1. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. 2. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tumbuh segar 3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering/daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Jawapan betul ialah Saya dan bapa menyapu daun-daun kering di bawah pokok | Tatabahasa | 10.02.2020 |