Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.pik] | توڤيک

Definisi : perkara (yg dibincangkan, diper­cakapkan, dipelajari, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.pik] | توڤيک

Definisi : perkara yg dibincangkan, di­bualkan, dipelajari, dll: “Bagaimana pelajaran sekarang?” Mustaza membuka ~ perbualan. bertopik mempunyai topik: karya yg tidak ~. bertopikkan mempunyai sesuatu sbg topik: perbualan yg ~ hal semasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata topik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'ke' dalam tajuk. Contoh 'Topik ke-19' atau 'Topik Ke-19'? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah Topik Ke-19.Ejaan16.01.2015
Bagaimana menulis topik atau nama bab dalam sebuah buku? Adakah perlu nama topik itu perlu dicondongkan seperti tajuk buku? Contohnya" a. Asbab Al-NuzulMenurut buku Gaya Dewan, huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Judul buku menggunakan huruf condong manakala topik atau nama bab dalam buku tidak perlu dicondongkan.Tatabahasa24.06.2013
apakah yang dimaksudkan dengan AYAT TOPIK DAN AYAT HURAIAN... Boleh berikan saya maksud dan contoh ayat bagi kedua-dua ayat di atas?Ayat topik ialah ayat yang mengandungi idea utama dalam sesuatu teks atau penulisan. Ayat huraian ialah ayat yang menghuraikan idea tersebut. Cth. kadar kemiskinan meningkat.(ayat topik). Peningkatan ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti ... .    Tatabahasa07.04.2008
Salam, Topik: Terjemahan Bidang: Teknologi Maklumat Pohon pandangan DBP perihal istilah "setting" spt computer setting, module setting dan seumpamanya. Saya berpendapat "tetapan" bertepatan walaupun penulisan kini mengguna terjemahan yg bermacam-macam. TKUntuk makluman padanan istilah bahasa Melayu untuk setting dalam bidang teknologi maklumat ialah pengesetan.Istilah27.12.2011
ejaan 'sub topik' perlu dijarakkan atau tidak?

Ejaan yang betul ialah subtopik.

Ejaan10.09.2011
Askum..saya pelajar tahun akhir di universiti multimedia cyberjaya..saya di kehendaki membuat tesis mengenai topik pantang larang melayu..jadi saya sangat memerlukan buku panduan tentang pantang larang orang tua dlm masyarakat melayu dan minang..soalan saya : Adakah Dewan Bahasa Dan Pustaka mempunyai buku-buku rujukan seperti topik di atas?Saya lebih mengutamakan buku dalam bahasa melayu dan inggeris. Di harap tuan dapat memberikan kerjasama dan membantu saya untuk mendapatkan informasi tentang topik di atas. Kerjasama tuan amat dihargai. Terima Kasih.Sila rujuk bahan ini : 1. Pantang larang orang Melayu tradisional oleh Wan Ramli Wan Muhammad. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000. 2. Adat dan pantang larang orang Melayu oleh A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995.Lain-lain07.11.2007
Tuan, Tolong sahkan terjemahan berikut : Key Informant Interview (KII) Topic Guide = Topik Panduan Temuduga Pemaklum Utama (KII) terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk "Key Informant Interview (KII) Topic Guide" ialah Panduan Topik Temu Duga Pemaklum Utama.Makna23.04.2019
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih.Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal"  boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan.Tatabahasa12.12.2013
boleh berikan saya maklumat berkaitan topik " 1 Bahasa 1 Malaysia " @ " 1 Malaysia 1 Bahasa " ? apa sahaja yang berkaitan . termasuklah maklumat yang berdasarkan fakta sejarah . terima kasih .

Saudara,

Untuk menjawab pertanyaan ini, saudara perlu membuat rujukan makalah daripada perpustakaan atau pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain08.03.2010
ingin mendapat maklumat yg terperinci berkaitan dengan topik kesantunan berbahasa yang menekankan tajuk bahasa tubuh yang merangkumi: 1)gerakan anggota badan 2)-kemahiran mempamerkan bahasa tubuh secara sopan dan sesuai dgn situasi -mengaplikasikan kemahiranKesantunan berbahasa meliputi aspek lisan dan tulisan. Dalam konteks lisan, santun berbahasa menyentuh aspek penggunaan bahasa yang betul, sapaan dan gerak tubuh penutur. Manakala dalam aspek tulisan, aspek santun berbahasa dikesan melalui penggunaan bahasa yang betul, indah dan menepati laras dan sapaannya. Sila rujuk buku-buku yang membincangkan  kemahiran berkomunukasi.Makna06.02.2008
123456

Kembali ke atas