Maaf sebenarnya soalan saya adalah 'plasma total bilirubin' iaitu total bilirubin dalam plasma, adakah istilah bahasa malaysia untuk total bilirubin, total cholesterol? terima kasih | Untuk makluman, istilah plasma total bilirubin, total bilirubin dan total cholesterol tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, dalam bidang Perubatan terdapat beberapa padanan istilah untuk total, iaitu jumlah, keseluruhan, total dan lengkap. Oleh itu, cadangan istilah untuk total bilirubin ialah jumlah bilirubin dan istilah untuk total cholesterol ialah jumlah kolesterol. | Istilah | 19.04.2011 |
Mohon terjemahan atas kata berikut: Corporate Governance 1. Board Of Independence 2. CEO duality Capital Structure 1. Short Term to Total Debt 2. Long Term to Total Debt 3. Total Debt to Total Asset 4. Leverage 5. Short Term Leverage 6. Long Term Leverage 7. Divident Policy Firm Characteristic 1. Firm Size 2. Leverage 3. Age Firm 4. Liquidity 5. Board Size Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Corporate Governance – Tadbir Urus Korporat 2. Board of Independence – Lembaga Bebas 3. CEO duality – Kedualan KPE atau Kedualan CEO 4. Capital Structure – Struktur Modal 5. Short Term to Total Debt- Hutang Jangka Pendek kepada Jumlah Hutang 6. Long Term to Total Debt - Hutang Jangka Panjang kepada Jumlah Hutang 7. Total Debt to Total Asset - Jumlah Hutang kepada Jumlah Aset 8. Leverage – Leveraj 9. Short Term Leverage – Leveraj Jangka Pendek 10. Long Term Leverage – Leveraj Jangka Panjang 11. Divident Policy – Dasar Dividen 12. Firm Characteristic – Ciri-Ciri Firma 13. Firm Size – Saiz Firma 14. Leverage - Leveraj 15. Age Firm – Usia Firma 16. Liquidity - Kecairan 17. Board Size – Jumlah Ahli Lembaga Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2017 |
Total Innovative Laboratory Solutions | Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 24.04.2015 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “total nitrogen”? Sebagai contoh seperti dalam peruntukan di bawah ini— “ (b) shall contain not less than— (i) 0.6 per cent weight per volume of total nitrogen; and (ii) 7 per cent salt. (b) hendaklah mengandungi tidak kurang daripada— (i) 0.6 peratus berat bagi setiap isipadu nitrogen total; dan (ii) 7 peratus garam.” Adakah padanannya ialah “jumlah nitrogen”, “nitrogen total” atau adakah ada padanan yang lain. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, istilah total nitrogen boleh dipadankan dengan nitrogen total atau nitrogen penuh dalam bahasa Melayu. | Istilah | 07.07.2021 |
Maksud 'total manning' | Tidak ada istilah khusus untuk 'total manning'.Istilah bahasa melayu untuk 'manning' ialah keanggotaan.Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, manning diterjemahkan sebagai pekerja, kumpulan dan anak kapal.manning juga bermaksud menjaga.Oleh itu, mungkin terjemahannya ialah jumlah keanggotaan, jumlah pekerja dan sebagainya, bergantung pada konteks penggunaan. | Istilah | 01.04.2011 |
apakah istilah bahasa malaysia untuk digunakan bagi 'total plasma bilirubin' Terima kasih | Untuk makluman, istilah total plasma bilirubin tidak ada dalam pangkalan data kami. | Istilah | 19.04.2011 |
Adakah ayat ini betul tatabahasanya; 1) total formula yang diperkayakan..... 2) Folik asid atau asid folik? | 1) total formula yang diperkayakan..... Bilangan/Jumlah formula yang diperkayakan.. 2) Folik asid atau asid folik? Asid Folik | Tatabahasa | 11.09.2012 |
Adakah sesuai terjemahan "Total Relationship Balance" (Perbankan) kepada "Jumlah Baki Hubungan"? Atau lebih sesuai diguna pakai "Jumlah Baki Minima"? | Cadangan kami bagi Total Relationship Balance ialah Jumlah Baki Hubungan jika bersesuaian dengan konteks. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.12.2019 |
Tolong translate ayat dibawah ke bahasa malayu: Total Energy Solutions Provider for the 21st Century | Cadangan terjemahan untuk Total Energy Solutions Provider for the 21st Century ialah Pembekal Sistem Tenaga Keseluruhan untuk Abad Ke-21 | Makna | 03.05.2018 |
Assalamua'alaikum/Salam Sejahtera, Saya mempunyai dua pilihan bagi menterjemah "Total Pandemic Protection" iaitu: a) Perlindungan Penuh Pandemik b) Perlindungan Pandemik Penuh Saya ingin memohon nasihat Tuan/Puan mana satu daripada pilihan di atas yang lebih sesuai atau betul. Terima kasih. | Kami mencadangkan Total Pandemic Protection diterjemahkan sebagai "Perlindungan Pandemik Menyeluruh", "Perlindungan Pandemik Total" atau "Perlindungan Pandemik Lengkap". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.01.2022 |