| Apakah penterjemahan bagi ungkapan bahasa Inggeris "keep in touch!"? | Dalam data kami, terjemahan untuk keep in touch ialah mengikuti sesuatu atau saling berhubung, mengikut konteks ayat. | Istilah | 14.11.2013 |
| terjemahan sebenar KAD TOUCH N GO dalam Bahasa Melayu??? | Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "KAD TOUCH N GO." Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah KAD SENTUH DAN JALAN atau KAD SENTUH DAN LALU. | Istilah | 06.09.2012 |
| Assalamualaikum. Mohon maklumat: istilah yang sesuai bagi timeline dan touch point. Terima kasih. | Timeline = garis masa. Touch point = titik sentuh | Istilah | 03.06.2011 |
| saya sudah buat DBP atas nama PANDA TOUCH REFLEKSOLOGI dan lulus tanpa sebarang perubahan yang diminta tetapi nama ssm syarikat itu sepatutnya DIMILIKI OLEH: PANDA TOUCH ENTERPRISE (JR0098816-H) tetapi kerana kesalahan sistem saya terletak nama ssm DIMILIKI OLEH: FADZLI JDT ENTERPRISE (002842168-P) dan pihak DBP telah meluluskan atas nama syarikat ini. saya buat semula DBP tetapi pihak DBP minta ubah perkataan lain sedangkan saya hanya mahu ubah nama ssm. bagaimana untuk kami ubah nama ssm tanpa ubah perkataan lain? | Salam sejahtera, Sila nyatakan nombor permohonan untuk semakan kami. Terima kasih. | Lain-lain | 28.03.2019 |
| Jabatan saya dalam perancangan untuk membangunkan sebuah aplikasi yang diberi nama JAKIM Touch. Justeru itu, minta nasihat dan pandangan pihak tuan adakah perkataan Touch tersebut perlu di Italic? | Untuk penggunaan dalam iklan atau paparan umum, JAKIM perlu menggunakan nama atau teks dalam bahasa Melayu. Sukacitanya, pihak DBP mencadangkan puan untuk menggunakan nama aplikasi dalam bahasa Melayu, iaitu Sentuhan JAKIM. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.04.2025 |
| saya ingin mendapatkan makna istilah yang tepat dalam bahasa malaysia tentang: 1. i-pad 2. e-book 3. touch screen mobile phone 4. GPS (global positioning system) 5. PDA (personal digital assistant) 6. digital photo frame terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. i-pad - i-pad 2. e-book - e-buku 3. touch screen mobile phone - telefon bimbit skrin sentuh 4. GPS (global positioning system) - sistem kedudukan sejagat (GPS) 5. PDA (personal digital assistant) - pembantu digital peribadi (PDA) 6. digital photo frame - bingkai gambar digital | Istilah | 16.05.2012 |
| Apakah terjemahan yang sesuai untuk "mirror-touch synesthesia?". | Cadangan padanan terjemahan yang sesuai ialah Sinestesia Pantulan Deria. Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.02.2021 |
| Saya ingin memohon kebenaran mengunakan name syarikat saya "Unique Touch Concept" dalan Papan Tanda. Terima Kasih | Untuk makluman, DBP tidak mengesahkan nama khas dan nama dalam bahasa Inggeris. Sila masukkan perkataan seperti PEJABAT URUSAN dalam papan tanda syarikat. Untuk kelulusan papan tanda, tuan hendaklah ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visusl papan tanda bukannya di ruangan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
| Saya berasa musykil tentang diftong, vokal berganda, digraf dan konsonan berganda yang diajar dlm buku teks tahun 2 KSSR. Dan saya bukan orang pertama yang keliru dengan pendekatan dalam buku teks itu. Adakah wajar perkara yang mengelirukan itu diajar dengan sekadar touch n go kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal bahasa?Bukan itu sahaja, ayat majmuk dan ayat tunggal juga di ajar dengan hanya mewarnakan perkataan itu dengan harapan murid tahun dua dapat membezakannya. Sesuatu perlu dilakukan oleh DBP sebagai penasihat bahasa kebangsaan untuk mengubah isu/cara touch n go ini bagi terbitan buku teks seterusnya. | Untuk makluman puan, penyediaan bahan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 SK tidaklah dibuat secara touch n go sahaja. KSSR pada Tahap 1 (Tahun 1-3) menitikberatkan kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan. Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap murid Tahun 2. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam halaman pendahuluan (iv-v). Murid hanya diminta mengenali perkataan yang berkaitan yang ada dlm buku teks dan buku aktiviti dengan kemahiran dengar dan sebut/tutur, misalnya hlm 2, Kemahiran Membaca hlm 3 dan kemahiran Menulis hlm 4. Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep tetapi lebih kepada upaya menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan. Aktiviti ini seupaya mungkin diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah oleh guru. Perincian tentang definisi/konsep diftong, vokal berganding digraf dan konsonan berganda kerana hanya didedahkan atau diperincikan dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3. Begitu juga halnya dengan kaedah mengenal pasti ayat majmuk dan ayat tunggal. Murid Tahun 2 hanya menggunakan kemahiran membaca ayat misalnya hlm 7, tidak perlu menghafal definisi ayat tunggal atau ayat majmuk secara terperinci tetapi sekadar boleh menyebut, membaca dan menulis jenis ayat tersebut. Pemeringkatan kefahaman tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dilaksanakan lebih mendalam dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3. Perhatian puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
| Saya ingin mengemukakan aduan berkaitan penggunaan istilah bahasa asing dalam bahan promosi oleh sebuah syarikat tempatan, iaitu Touch ’n Go Malaysia. Berdasarkan pemerhatian saya, pihak syarikat menggunakan perkataan “bebek”, iaitu istilah dalam Bahasa Indonesia, bagi merujuk kepada haiwan yang dalam Bahasa Malaysia sepatutnya disebut sebagai “itik”, seperti yang dipaparkan pada produk dan laman web rasmi mereka. Penggunaan istilah bahasa asing oleh syarikat tempatan yang beroperasi di Malaysia dan menyasarkan masyarakat umum ini adalah tidak selaras dengan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, serta tidak menepati semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam urusan rasmi dan komersial. Sehubungan itu, saya memohon pihak Dewan Bahasa dan Pustaka meneliti perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Laporan penuh berserta bahan bukti telah disertakan dalam lampiran untuk rujukan lanjut. | Untuk aduan berkenaan perkara tersbut, tuan boleh salurkan melalui perkhidmatan "Pantau Tegur Bahasa". | Tatabahasa | 23.12.2025 |