| Apakah perkataan Bahasa Malaysia untuk 1. Flagship ( e.g. Flagship Restaurant) 2. Tour ( e.g. factory tour) Manakah perkataan yang betul untuk "new" . Adakah "Baharu" atau "Baru"? Sejak bila ia bertukar? Terimakasih. | 1. Flagship diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai kapal laksamana, atau kemegahan, namun tidak ada padanan yang sesuai untu flagship restaurant dalam sumber rujukan kami. 2. Terjemahan tour ialah melancong, lawatan, kunjungan,berkhidmat, bertugas, namun tidak ada padanan tour factory dalam bahasa Melayu. 3. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan terjemahan new ialah baru, baharu (kedua-duanya sekali). | Makna | 27.11.2008 |
| Aoa translation BM for Tour Guide? | Cadangan padanan bagi istilah tour guide dalam bahasa Melayu ialah pemandu pelancong. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 18.07.2024 |
| Apakah penterjemahan terbaik bagi perkataan "train tour"? Adakah perkataan Kereta Api Ronda boleh digunakan atau ada cadangan perkataan lain yang lebih bersesuaian? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah train tour ialah lawatan kereta api. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.05.2023 |
| Salam, sy ad soalan penting nk ajukan,,, tinggilah harapan kalo pihak prpm dpt respon dlm kadar segera. - "tour guide" dlm BM ialah? Kesahihan penterjemahan google translate agak diragui. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk "tour guide" ialah pemandu pelancong. | Istilah | 04.04.2016 |
| maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelancongan | Maksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.02.2007 |
| Apakah istilah yang tepat bagi Bahasa Melayu untuk perkataan trip? Saya sudah merujuk Kamus Dewan dan trip dinyatakan sbg trip juga atau perjalanan. Bukankah lawatan lebih tepat? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk trip ialah perjalanan. Lawatan ialah padanan istilah bahasa Melayu untuk tour, travel dan visit. | Istilah | 02.07.2011 |