Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tq


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak.

Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian.

 TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih.

sebagai akibat hujan lebat -  seharusnya ditulis akibat hujan lebat.

memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan.

amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya

menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak.

Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh.

 

Tatabahasa10.07.2009
carian istilah BM yg tepat utk perkataan berikut: Panel Data/Panel Unit Root Test/Panel Cointegration Model/Panel Vector Error Correction Model TQ1.Data Panel 2.Ujian Akar Unit Panel 3.Model Panel Bersepadu 4.Model Panel Pembetulan Ralat Vektor TQPenyemakan dan penterjemahan02.07.2014
salam 1Malaysia. mohon bantuan penggunaan ayat yang sesuai untuk contoh huraian di bawah. TQ Ini menunjukkan bahawa, peratus respons bersetuju oleh responden perempuan adalah lebih tinggi berbanding responden lelaki dalam pernyataan tugas ini. Sebaliknya, responden lelaki menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding responden perempuan bagi tahap persetujuan kurang bersetuju iaitu masing-masing seramai 27 orang (12.56%) dan 33 orang (5.79%). Sementara selebihnya, iaitu seramai 6 orang (2.80%) responden lelaki dan 23 orang (4.04%) responden perempuan menyatakan tidak setuju.Mohon maaf, pihak kami tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana maklumat tidak lengkap.

Sedikit cadangan yang mungkin boleh membantu:

TQ ini menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju oleh responden perempuan lebih tinggi dalam penyataan tugas ini.  Kebanyakan responden lelaki menyatakan kurang bersetuju, iaitu seramai 27 orang (12.56 %).  Sementara jumlah bilangan yang menyatakan tidak setuju pula ialah 6 orang responden lelaki (2.80% ) dan 23 orang (4.04%) responden wanita.
Lain-lain22.03.2015
Sila rujuk lampiran. Tq.Untuk makluman, kesesuaian perkataan kasar dan kesat digunakan berdasarkan maksud konteks ayat yang hendak disampaikan. Jika perkataan kesat dan kasar membawa maksud tidak halus atau tidak licin, kedua-duanya boleh digunakan bersilih ganti. Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau Permukaan jalan raya yang kesat. Contoh lain: Kulitnya kesat atau Kulitnya kasar. Walau bagaimanapun, jika membawa maksud yang berbeza, tidak boleh digunakan. Contoh: Jahitan tangannya kasar. Perkataan kasar dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan kesat.Tatabahasa28.03.2019
APAKAH DEFINISI BERSALUN? TQMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, salun ialah ruang (bilik besar dan sebagainya) untuk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sebagai tempat berniaga) atau sejenis kedai atau tempat perniagaan, manakala perkataan "bersalun" tiada dalam rujukan kami. Sila jelaskan konteks penggunaan "bersalun".Makna08.08.2009
Erti Perkataan "PANTRI". TQPantri ialah almari atau bilik kecil di dalam rumah tempat makanan disimpan; atau bilik tempat menyimpan pinggan mangkuk, alas meja, dan sebagainya di hotel atau kapal.Makna18.03.2008
suku kata untuk AKHIRNYA. TQ

Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, suku kata perkataan akhirnya ialah a.khir.nya.  

Istilah28.04.2010
APAKAH MAKNA BAGI JUGRA. TQ.

Jugra tiada dalam rujukan kami.

Lain-lain10.11.2009
Salam.. apa maksud tablorama? tqlakonan pentas atau drama yang pelakon-pelakonnya tidak bercakap.Lain-lain25.09.2007
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang.Salam sejahtera,
 Ayat yang betul:


1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan.

2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.12.2018
12345678910...

Kembali ke atas