As Salam Tuan.. Saya ingin membuka Kolam Pancing Udang di Ulu Yam Selangor. Saya ingin merujuk kepada pihak Tuan nama Trademark yang saya hendak gunakan ialah " KOLAM UDANG HERITAGE ". Adakah kegunaan nama Trademark itu dibenarkan. Sekian terima kasih Mohamad Zaini Abu Samah | Waalakumussalam tuan, Untuk makluman tuan, jika tuan hendak meletakkan trademark terhadap nama atau logo syarikat, tuan perlu berurusan dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO). | Lain-lain | 27.02.2018 |
KELULUSAN DBP UNTUK LESEN PAPAN TANDA KEDAI SEMAKAN BAHASA. BIG APPLE DONUTS & COFFEE (trademark). DBP NASIHATKAN UNTUK LETAK (R) kerana ada trademark guna perkataan inggeris. MOHON: STANDARD SAIZ, LETAK BAHAGIAN MANA, WARNA, BENTUK (R) UNTUK DILETAK DI PAPAN TANDA KEDAI SEBELAH NAMA KEDAI. SYARIKAT MOHON DBP LAMPIRKAN STANDARD RUJUKAN | Assalamualaikum, Puan perlu mendaftarkan tanda dagang (R) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekiranya belum berbuat demikian. Standard tanda dagang boleh didapati menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sekian untuk makluman.
| Lain-lain | 20.11.2017 |
KELULUSAN DBP UNTUK LESEN PAPAN TANDA KEDAI SEMAKAN BAHASA. BIG APPLE DONUTS & COFFEE (trademark). DBP NASIHATKAN UNTUK LETAK (R) kerana ada trademark guna perkataan inggeris. MOHON: STANDARD SAIZ, LETAK BAHAGIAN MANA, WARNA, BENTUK (R) UNTUK DILETAK DI PAPAN TANDA KEDAI SEBELAH NAMA KEDAI. SYARIKAT MOHON STANDARD DARI DBP | Assalamualaikum, Puan perlu mendaftarkan tanda dagang (R) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekiranya belum berbuat demikian. Standard tanda dagang boleh didapati menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Sekian untuk makluman.
| Lain-lain | 20.11.2017 |
Apakah terjemahan bagi 'Patent Law Treaty' dan 'Trademark Law Treaty' dalam bahasa melayu? | Tuan/puan boleh kemukakan soalan berkenaan penterjemahan kepada pihak Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan "Patent Law Treaty" dan "Trademark Law Treaty" dipadankan kepada "Perjanjian Undang-undang Paten" dan " Perjanjian Undang-undang Tanda Dagangan". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.07.2014 |
Hi, I am applying trademark for my company on MyIPO. I would like to translate these 2 words 'WING FOONG' with pronunciation. Thank you. Regards, Gabriel | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'WING FOONG' ialah FOONG Bersayap | Makna | 23.09.2016 |
Hi DBP, Nak tanya papan tanda boleh lulus tak dengan Logo Trademark di atas nama perniaagaan? | Visual iklan yang dilampirkan boleh diluluskan. Sila buat permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan melalui laman web dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 04.10.2022 |
Papan tanda syarikat saya mempunyai teks seperti bawah: Name: SHOWY INTERNATIONAL SDN BHD Logo: SHOWY Slogan: A Reliable Trademark of Quality Alamat dlm B. M'sia Permohonan saya utk pengesahan bahasa tidak diluluskan oleh Dewan Bahasa dan saya diminta membuat keterangan dlm Bahasa Melayu. Saya ingin tahu apa keterangan yang dimaksudkan oled Dewan Bahasa. | Pihak tuan perlu menambah perkataan bahasa Melayu di bahagian kiri atas. Contohnya: PEJABAT URUSAN | Lain-lain | 21.06.2016 |
Hai. Bolehkah saya bertanya. Sekiranya sesebuah bangunan mempunya nama yang bercampur bahasa inggeris (Cth: Melawati Station), perlukah bangunan/pemaju tersebut mendapatkan trademark atau mendaftar untuk nama tersebut untuk digunakan pada papan iklan? Apakah proses/prosedur yang perlu diambil untuk menggunakan nama seperti ini? Saya ada ternampak papan iklan Sunway Serene dimana tiada logo TM atau R pada nama yang digunakan. | Untuk menamakan bangunan ataupun penamaan lain untuk paparan di tempat awam, hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan dengan ejaan dan nahu yang betul serta melambangkan citra kebangsaan. Pihak DBP memperakui penggunaan bahasa kebangsaan pada paparan awam dan tertakluk pada akta, garis panduan dan tatacara Pihak Berkuasa Tempatan. | Lain-lain | 14.02.2020 |
Boleh atau tidak saya menggunakan perkataan "SINCE 1981" di semua iklan syarikat bukan "SEJAK 1981" kerana perkataan berkenaan tidak di daftarkan atau di trademark kan kerana itu adalah perkataan umum, tapi kami menggunakan sebagai logo rasmi syarikat | Untuk makluman tuan/puan, syarat permohonan pengesahan papan iklan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul secara bersendiri atau bersama-sama dengan bahasa lain. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan masih ingin menggunakan bahasa Inggeris pada logo, perlulah daftarkan keseluruhan logo termasuk frasa "SINCE" sebagai tanda dagang (TM). | Lain-lain | 15.12.2023 |
Di sini kami lampirkan iklan Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak puan , Untuk makluman puan , “Biz App Store” adalah nama kedai virtual yang di kendali oleh TM untuk penjualan applikasi –aplikasi untuk penyelesaian perniagaan , Nama “ Biz App Store” akan di “trademark” untuk pengunaan dalam iklan – iklan komersial tempatan Kerjasama Puan amat dihargai. Terima Kasih. Kind Regards; Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313 | Sekiranya "Biz App Store" telah mendapat "trademark", pihak tuan tidak perlu menterjemahkannya kepada bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami akan menyemak teks lain dlam iklan tersebut yang menggunakan bahasa Melayu. Iklan yang dihantar akan kami faks kepada tuan. | Lain-lain | 08.05.2012 |