Apakah pekerjaan Encik Roslan? (1):Pekerjaan Encik Roslan ialah sebagai anggota polis trafik (2):Pekerjaan Encik Roslan sebagai seorang anggota polis trafik Manakah jawapan betul? kenapa? bukankah 'Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik' lebih sesuai? | Ayat yang lebih gramatis ialah Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
Tuan, Adakah ayat-ayat dibawah betul? 1) Tugas polis trafik ialah mengawal lalu lintas. 2) Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 3) Pak Abu menjual barangannya dengan menjaja makanan. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2)Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
Polis trafik sanggup mengorbankan masa untuk mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.(kata hubung dalam ayat ini ialah "untuk" kenapa tidak menggunakan perkataan "demi"?) | Demi ialah kata sendi nama dan hadir di hadapan kata nama, bukan kata hubung. | Tatabahasa | 26.10.2021 |
Warden trafik sekolah itu berdiri di antara kereta dan murid-murid yang sedang melintas jalan. Adakah tulkah jawapannya di antara? | Menurut data kami, jawapan tersebut betul. | Tatabahasa | 15.05.2020 |
Selamat sejahtera, Apakah perbezaan "trafik" dan "Lalu lintas"? Di pangkalan data DBP, terdapat dua terjemahan bagi "traffic". Sila terangkan perbezaan dan penggunaan frasa berkenaan. Terima kasih. | Trafik ialah lalu lintas, istilah lama menggunakan lalu lintas. | Makna | 15.04.2015 |
Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini. ada 5 pilihan Adari. Bdemi. Cdengan. Ddaripada,E untuk Jika jawapan ialah B atau E,boleh jelas sedikit tak kerana tak faham tentang perbezaannya | Jawapan yang betul ialah Polis trafik sanggup mengorbankan masa E. untuk mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini. | Tatabahasa | 21.10.2021 |
Assalamualaikum, Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257 Cadangan Slogan seperti berikut: "Gagal selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan" Mohon nasihat untuk pembaiikkan dan digunapakai. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman. | Bagi slogan "Gagal Selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan". Apakah yang gagal diselesaikan? Saman atau denda atau selainnya. Pada pandangan kami slogan ini tidak dapat difahami dengan jelas. Pertanyaan yang hamper sama pernah kami terima dan pernah mencadangkan "Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan". | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan cadangan dan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257(Contoh saman diseratakan) "Cadangan Slogan seperti berikut: Tidak hadir makhamah, Waran Tangkap akan dikeluarkan" Mohon pandangan dan cadangan untuk kegunaan dalam dwi bahasa, Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Sekian. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman. | Kami mencadangkan frasa tersebut dipinda menjadi: Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan. | Tatabahasa | 21.10.2015 |
1. Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi _________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik. A. Riuh-rendah B. Simpang- siur C. Kelam -kabut D. Bengkang-bengkok (Nyatakan sebab jawapan yang dipilih) | Keadaan lalu lintas di bandar itu bersimpang-siur pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
| Tatabahasa | 09.09.2016 |
Bagaimanakah untuk menterjemah "foot traffic" bagi kiraan pelanggan yang masuk ke kedai? Bolehkah diterjemah sebagai kiraan pelanggan sahaja? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud 'traffic' ialah trafik yang bermaksud lalu lintas (kereta, kapal terbang, dan lain-lainl). Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'foot traffic' ialah trafik pelanggan | Makna | 09.07.2020 |