Kursus tersebut akan diadakan selama lima hari merangkumi tiga modul iaitu Web Master Training, Database Training dan Mapping Training. Minimum peserta yang diperlukan untuk menghadiri kursus tersebut ialah seramai 20 orang atau lebih. Empat hari diperuntukkan bagi kesemua peserta menjalani ketiga-tiga modul latihan dan satu hari untuk uji cuba memuat naik sistem DevInfo ke dalam server. Soalan saya: 1. 20 orang perlu dieja atau memadai menulis angka sahaja? Ada syarat-syarat penggunaan nombor kah? 2. Sesuaikah perkataan uji cuba digunakan dalam ayat tersebut? | Dalam penulisan angka atau nombor, bagi nombor satu hingga sebelas, pada kebiasaannya dieja. Bagi nombor 12 dan seterusnya, bentuk angka digunakan. Bagi pertanyaan kedua, perkataan uji cuba boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.06.2009 |
Minta jasa DBP memadankan istilah senaman berikut ke dalam bahasa Melayu: 'Cross fit', 'High Intensity Interval Training (HIIT)', dan 'Low Intensity Interval Training (LIIT). Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1) Crossfit: Crossfit 2) High Intensity Interval Training (HIIT): latihan berjeda keamatan tinggi (HIIT) 3) Low Intensity Interval Training (LIIT): latihan berjeda keamatan rendah (LIIT) Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
Saya ingin bertanya terjemahan istilah Training of Trainer dalam bahasa Melayu. | Terjemahan Training of Trainer ialah Latihan kepada Pelatih/Jurulatih | Penyemakan dan penterjemahan | 13.08.2014 |
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bagi "Training Authorisation Document" dan "Enabling Objective"? Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. Training Authorisation Document = Dokumen Pemberikuasaan Latihan/Dokumen Pengizinan Latihan 2. Enabling Objective = Objektif Pemboleh Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. | Istilah | 16.02.2021 |
istilah "work-based learning" dan "work-based training" dalam ilmu pendidikan; apakah terjemahan yang tulen dalam bahasa Melayu? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "work-based learning" dan "work-based training" ialah pembelajaran berasaskan kerja dan latihan berasaskan kerja. | Istilah | 19.04.2016 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya apakah terjemahan yang tepat bagi istilah Bahasa Inggeris (Training of Trainer) di dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan istilah "Training of Trainer" diterjemahkan sebagai "latihan jurulatih (TOT)". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 06.04.2022 |
Mohon pihak tuan semak..adakah perkataan ini tepat atau perlu pembetulan. Wafa Counseling & Coaching Training Academy = Akademi Latihan Kaunseling & Coaching Wafa | Kami mencadangkan Wafa Counseling & Coaching Training Academy diterjemahkan kepada Akademi Kaunseling dan Kejuruteraan Wafa. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2015 |
Untuk makluman, Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Training Institute (MATRAIN) adalah sebuah insitut latihan di bawah Jabatan Laut Malaysia (JLM). Dalam hal ini, JLM berhasrat untuk menggunapakai nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) memandangkan institut ini telah dikenali di peringkat antarabangsa sebagai ASEAN Regional Training Centre. Sebagai tambahan penggunaan nama MATRAIN adalah lebih menarik (catchy) dan ianya sebagai salah satu usaha untuk menjenamakan semula institut ini. Sejajar di atas, kerjasama dan bantuan tuan adalah dipohon untuk memberi pengesahan berhubung perkara ini sama ada penggunaan nama Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) boleh digunapakai atau sebaliknya. Perhatian dan maklum balas segera tuan berhubung perkara ini amat dihargai. | Kami cadangkan kekalkan nama yang telah mantap Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) dan untuk tujuan antarabangsa boleh menggunakan dalam bahasa Inggeris Maritime Training Instute (MATRAIN) | Lain-lain | 08.07.2019 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Apakah padanan yang sesuai untuk weight training bench yang merupakan sejenis alat untuk mengangkat bebanan semasa bersenam. Berikut dilampirkan gambar alat tersebut. Terima kasih. | Untuk makluman, weight training bench tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, kami akan membincangkan perkataan tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Istilah yang akan diadakan dalam masa terdekat. Kami akan memaklumkan kepada tuan/puan melalui e-mel sebaik sahaja keputusan diperoleh. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.07.2019 |
Would like to seek your advise to translate into Bahasa Malaysia the name of our new office building, as below: Resource and Training Centre Thanks. Roshen | Salam Sejahtera En. Roshen. Padanan bahasa Melayu untuk Resource and Training Centre ialah Pusat Sumber dan Latihan. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.03.2018 |