Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n sifat, ciri: personality ~s, sifat-sifat keperibadian; an ability to listen to criticism is certainly not one of your ~s!, kebolehan mendengar kritik tentunya bukan salah satu sifat kamu!. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trait


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi DBP, Saya ingin meminta tunjuk ajar DBP berhubung soalan-soalan berikut: 1. Code switching = peNcampuran kod atau peRcampuran kod? 2. Semantic Trait = trait semantik? 3. adakah

1. code switching - alih kod (bidang Linguistik)

2. semantic trait - ciri semantik (bidang Linguistik)

Istilah15.04.2011
salam. apakah terjemahan yang sesuai utk terma-terma berikut: 1. trait personality 2. neuroticism 3. extraversion 4.conscientiousness 5. opennes to experience 6. agreeableness. 7. learning experience 8. conformity to gender role norms 9. sensing 10. intuition 11.mastery experience 12. vicarious experience 13. social persuasions 14. physiological states 15. outcome expectation 16. body of knowledge 17. type indicator terima kasih. t.kasih.Dalam bidang perubatan paranoid personality trait diterjemahkan kepada trait personality paranoid, lihat trait+personality">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=trait+personality+ untuk maklumat lanjut, neuroticism diterjemahkan kepada neurotisisme, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=neuroticism dan extraversion diterjemahkan kepada ekstraversi, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=extraversion. Untuk nombor 4 hingga 17, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. Soalan yang tidak ada dalam pangkalan data kami bolehlah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat Bahasa dan jelas kan konsep perkataan tersebut untuk kami cadangkan padanan yang sesuai.Tatabahasa27.06.2013
Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana kesudian menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kepastian: (1) 'Kedua-dua individu mempunyai trait genetik yang berlainan' ATAU 'kedua-dua orang individu mempunyai trait genetik yang berlainan' (2) kedua-dua kata tersebut... ATAU kedua-dua patah kata tersebut...Ayat yang gramatis ialah "kedua-dua orang individu mempunyai ciri/trait genetik yang berlainan".Tatabahasa12.08.2013
1)sifat (Istilah Inggeris) 2)aduan (Istilah Inggeris)1)sifat-trait 2)aduan-complaintIstilah28.06.2011
Puan,bolehkah saya tanya “mempengaruhi konsep kendiri”betul atau “mempengaruhi konsep sendiri”?Bolehkah memberi penjelaskan dan sebab-sebab memilih rangkaian kata itu?

Ayat mempengaruhi konsep kendiri adalah betul bergantung pada konteks dan penggunaanya dalam ayat.

Berdasarkan Kamus Dewan Keempat, kendiri bermaksud sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. Dalam data rujukan kami juga, terdapat istilah konsep kendiri dalam bidang psikologi dan komunikasi. Konsep kendiri dalam bidang psikologi ialah pengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul.

Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk pautan berikut https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=konsep+kendiri

Tatabahasa15.07.2021

Kembali ke atas