Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang menggunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain). Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi. | Istilah | 09.05.2012 |
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal | 1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab. 2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 23.01.2013 |
Saya ingin mencari transkripsi fonetik bagi Bahasa Melayu, di manakah saya boleh mendapatkannya ? Terima kasih. | Sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu di DBP untuk mencari bahan rujukan termasuklah buku, majalah dan kertas-kerja seminar atau perpustakaan lain seperti di UM, UKm dan UPM. | Lain-lain | 18.07.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika tidak menjadi halangan kepada DBP, saya ingin meminta sedikit maklumat berikut sebagai panduan kepada saya menyiapkan tugasan saya di universiti: a. maksud konsonan dan vokal bahasa melayu. b. ciri-ciri konsonan dan vokal c. maksud antikulator dan transkripsi d. maksud alofon dan fonem serta perbezaan alofon dan fonem. e. maksud suprasegmental bahasa melayu, ciri-ciri suprasegmental f. maksud antikulator Tuan, jika tidak menjadi halangan kepada DBP dan tidak bertentangan dengan dasar DBP juga saya memohon agar pihak tuan mengirimkan kepada saya (emel) bahan/artikel yang sesuai berkaitan dengan perkara di ats. Sekian dan terima kasih. Wassalam | Soalan berbentuk tugasan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan melalui laman web kami dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang diperlukan. Saudara akan boleh lihat data yang berkaitan daripada kamus dan istilah. Jika tiada maklumat daripada kamus dan istilah, klik pada Artikel dan saudara boleh rujuk artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 06.06.2012 |
1. Apakah maksud menterjemah? 2. Bahasa sumber adalah? 3. Menurut Abdullah hussain (1970), perkataan kamus berasal daripada apa? 4. Secara keseluruhan edisi terkini kamus dewan memuatkan berapa jumlah kata?, kata majmuk berapa?, terbitan?, tunggal? 5. Siapakah yang menyusun kamus eka yang pertama? 6. Perkataan dansa, nahkoda, seluar, serunai, baju dan mohor berasal dari mana? 7. Maksud transkripsi 8. Menurut Hartimurti (1974), kitab pengetahuan bahasa tidak dapat dianggap sebagai kamus murni melainkan dianggap sebagai kamus jenis apa? 9. Kamus dewan edisi terkini diterbitkan bila, berapa jumlah entri? 10. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan. Proses ini adalah? 7. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Terjemah bermaksud memindah daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Transkripsi bermaksud skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan trengkas atau rakaman. Kamus Dewan Edisi terkini diterbitkan pada tahun 2005. untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Tingkat 23, Menara DBP. | Makna | 30.01.2008 |